Sunday, May 27, 2012

Ulang-bulan pertama

Genap sebulan usia Ammar Fareeq hari ney. Ammi ingat nak beli cup cake tapi Ammar tak bley makan lagi. So ammi tunda, tunggu ulang-bulan ke-6 baru ammi belikan kek yer.

Pada usia seawal sebulan ney dah banyak perkembangan Ammar yang ammi lihat. Siang malam ammi jaga mestilah ammi tau perbezaan Ammar setiap hari malah setiap detik sekalipun. Awal-awal dulu Ammar takde pun nak mengeliat lintuk-lintuk bagai. Tapi sekarang...kemain lagi mengeliat macam orang penat bekerja...hehehe.

Ammar dah pandai demand susu. Selagi tak kering susu, selagi tu Ammar hisap. Terpaksa lah ammi catu skit susu, takut kalau-kalau Ammar senak nanti.

Ammar dah pandai kuar suara. Memula dulu Ammar cuma pandai nanges jer. Sekarang ney dah pandai cakap dengan TV dan patung spiderman si Qaid Wafiq. Ammi tak sempat nak beli mainan untuk Ammar semasa mengandung dulu. Tadi ammi dah belikan mainan yang berbunyik-bunyik bagi merangsang pendengaran anak ammi. Ohhh....ya, hari ney ammi dah langgar pantang. Ammi terpaksa memandu ke Masjid Tanah untuk beli barang keperluan rumah. Takde sape nak diharapkan lagi. Bila Ammar dah besar nanti, Ammar lah yang ammi harapkan agar dapat meringankan beban ammi..yer sayang.

Ammar suke merungut semasa tidor. Sekejap-sekejap ammar akan menguwek-nguwek semasa tidor. Ammi tak kuasa nak tepuk-tepuk Ammar dah sebab ammi tau Ammar akan tidor sendiri nanti.

Esok Ammar akan dicucuk yakni disuntik. Mintak-mintak Ammar tak demam dan tak nanges kuat sangat. Apapun ammi akan belikan CoolFever untuk bersiap-sedia kalau Ammar demam pada malam hari.

Selamat Ulang-bulan pertama sayang...semoga anak ammi sehat dan cepat besar (^____-)

1 month old
p/s: sekejap lak rasa dah sebulan. pasni konfem liat nak mandi air sejuk coz dah sedap mandi air panaz.

Wednesday, May 23, 2012

Kuar Hospital dapat Hadiah

Haluuu....bila dah sehat terasa janggal duduk rumah tak gi keje. Alhamdulillah, azey dah semakin pulih dari kesan trauma kene operate (--")

Kali ney nak tayang hadiah yang pihak hospital bagi. Selepas discharged baru nak bagi hadiah. Sonok dapat first gift dari pihak hospital. Hari ke-7 baru bukak hadiah tuh...kihkihkih. Kalau buleh nak bukak dalama kee lagik tapi teringat nak hapdet blog so mestilah kene amek gambo dulu.

Ginilah rupe small hamper yang pihak hospital bagi. Tertanye-tanye hapelah benda kat dalam tuh. Kot-kot dapat stroller ker? Banyak lah sangat wit kerajaan nak bagi stroller...dah la duk hospital FREE!

 Tadaaaaa.....ade 4 hadiah! Actually sumenyer sample product for baby.

Sip baik azey tak tunggu setahun baru nak bukak hamper ney. Dapat sample pampers size new born...huhuh. Bukan tuh jer...ade insuran setahun untuk mummy. Just follow instruction kat kotak pampers tuh dan tunggu agen insuran call. Last few days azey dah dapat panggilan dari Jerneh Insuran. By next week kot azey akan dapat insuran policy tuh. Insuran for my baby...azey nak try usyar Jerneh. As long as ade saving, azey akan subscribe for my baby.

 Azey memang suke simple mini sample cenggini. Bila travel bleh bawak sekali. Sory lah gambo terbalik...

Azey dah beli pun travel pack untuk mandian baby ney. Ingat nak guna kat hospital. Tiap kali nak bagi baby mandi, nurse cuma nak baju dan pampers jer. Iyo-yo lah azey sumbat segala macam baby stuff dan angkut gi hospital. Bawak 3 pasang baju, blanket dan pampers pun dah cukup. Segala minyak yuyi or barut baby sume takyah lah bawak.

Dapat pampers lagik...yang ney from Drypers. Azey memang beli this 2 types and personally azey rasa Petpet lebih sesuai. All the mini sample azey sumbat dalam beg uncang ney.

Ammar Fareeq yang berusia 4 hari... ^___-
Hadiah Ammar terpaksa ammi bukak. Nak tunggu Ammar besor baru nak bukak, berkulat lah jawabnyer. Nanti ammi beli hadiah yang besor lagik untuk Ammar bukak, okek!

p/s: Tengah tertunggu-tunggu hadiah dari my officemate. Lame benor nak sampai hadiah tuh, ngah tunggu sewa lori kot nak hantor...tehehehe.

Sunday, May 20, 2012

Pembantu Peribadi Ketika Berpantang

aAssalamualaikum...

Perlu mencuri masa untuk update blog. Anak tengah tido tapi dah kuek-kuek gelisah. Terpaksa type laju-laju untuk standby nak susukan anak jap lagik.

Hari ney dah masuk 23 hari azey berpantang dan semalam baru mula pakai bengkung.

Nak story pasal my private assistant sorang ney. Dialah peneman setia setiap hari.


Budak mata sepet ney dah besar tapi belum setahun pun lagi. Berjalan pun tak lagi cuma dia pandai jalan dengan bantuan. Dia berdiri dengan pegang kerusi or tepi katil. Bila bertungku, dia pon sebok gak nak pegang tungku tuh. Azey guna tungku elektrik je...

Okey la..anakku dah nangish ney. Sian dia dah lapo sangat. Till then...wait for my next hapdet yer. Ciao!!!

 

Saturday, May 12, 2012

Baby On Board

27 April 2012, Jumaat

2 a.m - Terasa perut memulas sakit tapi azey tak countdown pun setiap berapa minit sakit itu menyerang.

5 a.m - Azey bangun nak pergi toilet. Mak pun dah bangun untuk siapkan breakfes. Azey sempat bagi tau mak yang azey tak nak gi koje arini. Azey nak amek MC jer...sebab perut sakit. Mak azey pun kata okey...nanti ayah hantar gi klinik (ayah azey balik malam tadi coz dia memang cuti during weekday....)

6 a.m - Tetiba azey rasa sumting breakout dari dalam perut dan hati mula rasa "This is it???"....hohoho. Lantas azey bangun nak check kat toilet. Sampai jer toilet menitis air dan azey bagi tau mak yang azey dah turun tanda. Mak pun sound my dad suruh standby. Azey teruskan untuk buang air kecil dan keluar darah seperti period. Gubra tuh ade tapi still try to calm down.

Sepanjang perjalanan ke Hospital Melaka azey sempat SMS kawan-kawan pejabat. Kesakitan belum lagi terasa namun dalam hati berdebar yang teramat kuat. Azey mula baca doa-doa yang azey simpan dalam henpon dan banyak berzikir.

7 a.m - Pertama kali jejak kaki di hospital sebagai pesakit. Azey nampak raut wajah mak yang lebih panic....so azey tak bleh panic. Kalau dua-dua panic lain lak jadinyer...

Mak azey tanya salah sorang doktor yang kebetulan lalu....kat mana nak admit untuk bersalin. Doktor tuh pun guide dengan memberitahu arah yang perlu kami lalu sementara my dad park kereta. Memandangkan masih awal pagi so parking masih banyak kosong.

Sampai sahaja di kaunter wad bersalin...azey terus submit all document dan mak perlu ke kaunter utama untuk register. Sementara itu azey kena masuk dalam wad untuk tukar baju. Ohh ya...sepanjang perjalanan azey hanya memeluk botol air rendaman akar fatimah. Dari dalam kereta lagi mak dah suruh azey minum tapi azey tak berani nak minum. Sampai sudah air tuh langsung azey tak jamah :-(

Selepas azey pakai baju yang disediakan pihak hospital...azey ditemuduga oleh nurse yang bertugas. Bukan intebiu nak mintak koje tapi intebiu mengenai tanda-tanda yang azey rasa. Sebelum tuh..bacaan jantung baby di scan dulu dan pada masa tuh azey turun tanda lagi. Actually bukan air ketuban tapi cuma titisan cecair yang berwarna coklat. Nurse tuh pun agak pelik tapi dia anggap itu adalah air.

Selepas intebiu ngan nurse...doktor plak yang ambil alih tugas seterusnya. Doktor perempuan berbangsa India (Dokor A) mula tanya perihal kesihatan azey berdasarkan buku 'pink'. Then azey di minta baring untuk ambil CTG. Lepas pasang CTG, dia seluk PULAK!!!! Memula dia masukkan alat yang diperbuat dari plastik...pergHHHh..tak terkeluar air mata. Then dia seluk guna jari dan cakap dah bukak 1cm. Doktor tuh cakap kene biar CTG ney berjalan selama 20 minit. Azey pon relax dan baring sengap-sengap sambil memerhati pesakit lain di sekeliling. Kemudian seorang doktor perempuan berbangsa Cina (Doktor B) datang untuk masukkan jarum kat tangan kiri dan ambil 2 tiub sample darah. Tak berapa sakit tapi terasa gak la...time ney azey masih relax dan dapat rasa gelombang contraction yang kecil. Datang pulak sorang lagi doktor lelaki berbangsa India (Doktor C) tengok CTG azey dan dia mula masukkan tiub air ke dalam jarum kat tangan tadi. Azey sempat tanya kat doktor tuh nape kene masuk air. Terkial-kial dia nak jawab maybe belum ade pesakit yang tanya kot. Dia kata untuk lancarkan sistem perkhumuhan.

Tak lama lepas tuh azey tengok ade 2 orang doktor lelaki berbangsa India check pesakit yang sedang baring di katil sebelah. Sorang doktor tuh botak licin macam negro (Doktor D) dan azey rasa dia adalah leader. Lagi sorang doktor lelaki India (Doktor E) agak chubby. Azey dapat dengar perbualan antara doktor dan pesakit tuh sebenarnya ada tekanan darah yang agak tinggi. Tekanan darah yang tinggi ketika hamil adalah amat bahaya okek!

Doktor E datang lak kat katil azey dan pantau CTG. Then dia decide nak seluk GAK!! Redha jer laa....memang dah tak bleh nak lari mana pun. Kali ney memang lama sangat kene seluk sampai ada dua ke tiga orang sekeliling azey. Raut wajah doktor E tuh lain macam jer...dia mula tanya doktor A tadi mengenai air yang keluar. Doktor A pun lapor berdasarkan laporan nurse. Doktor E seperti agak marah dan decide untuk pecahkan air ketuban azey. Time ney lah azey mula rasa suspen...dah nak beranak ke ney???gesa ku dalam hati. Nurse-nurse mula berkerumun sekeliling azey dan menunggu dengan cemas saat-saat nak pecahkan air ketuban...cehh padahal azey yang cemas (--")

Semua sangka air ketuban azey akan memancut keluar..malangnya hanya cecair pekat yang diambil sebagai sample. Doktor E terus arahkan untuk hantar azey ke labour room. Dengan gigih azey turun dari katil dan sempat jeling atas katil terdapat lendiran darah. Perghhh!! memang padan ler sakit sampai kuar darah tuh.

First time dapat naik wheel chair...perasaan...biase jer. Azey di masukkan ke Kamar Bersalin 6. Pada saat ini azey masih belum tau ape masalah yang azey alami. Azey di minta memakai baju wad dengan butang ke belakang dan baring. Alat CTG dipasang sekali lagi dan beberapa minit kemudian doktor perempuan India (Doktor F) datang dan...ermmm seluk laa. Doktor F pun mengambil sample cecair yang di seluk keluar. Dalam dok kene seluk tuh bleh pulak sorang nurse ney lambat ambil bekas sedangkan doktor F suruh capai jer bekas berhampiran. Punyalah lama aku kene tahan seluk tuh pasal kelam kelibut nak amek bekas. Selepas sample cecair di ambil doktor F cakap perkataan 'moderate'. Kemudian dokor-doktor C,D dan E datang ke kamar azey dan lihat sample cecair yang doktor F ambil tadi. Dokor-doktor tuh pun mula discuss dan doktor D nak seluk pulak. Lepas kene seluk akhirnya doktor D mula infomr sesuatu yang menggetarkan jantung azey. Azey mendapat tau yang bayi dalam perut sedang bertarung dengan najis yang telah baby keluarkan. Doktor F masih memberi azey pilihan samada untuk terus ke operation atau tunggu untuk normal memandangkan CTG masih cantek. Azey ambil keputusan untuk tunggu dulu sambil menahan air mata dari mengalir. Selama setengah jam azey menahan contraction dan beberapa kali nurse yang menjaga azey berlari mendapatkan nurse yang lebih berpengalaman untuk membaca carta CTG azey. 

Akhirnya doktor C,D,E dan F datang untuk memberitahu yang azey perlu dibedah sekarang memandangkan CTG dah kian menurun. Azey tak bleh nak kata apa dan hanya menurut. Mak azey telah dipanggil masuk ke kamar bersalin azey untuk mendapatkan persetujuan dan tandatangan. Semuanya berlaku secara simulatanious dan teramat pantas. Azey dipakaikan penutup kepala dan dipindahkan ke katil dengan kaedah diangkat beramai-ramai. Nak tandatangan dokumen pun sambil baring dan entah hape-hape rupa tandatangan azey. Keadaan terasa riuh dan gamat dengan persediaan nurse dan specialist untuk sesi bedah. Tetiba teringat citer Grey's Anatomy pun tak kelam kabut gini....cehh mana kau tau kan!

Sampai kat bilik bedah...azey dah tak kuasa nak tengok doktor or specialist kat situ. Dia orang pun dah pakai mask memang tak bleh nak cam kalau terserempak kat memana...huhuhu. Mereka-mereka yang kat dalam bilik bedah tuh sungguh relax sampai boleh berborak riang sedangkan azey dah mula menggeletar ketakutan dan sejuk. Azey cuma baring dan mereka buat kerja masing-masing. Ada yang pasang pelekat bulat-bulat kat dada azey. Ada yang nak cucuk jarum tangan sebelah kanan. Ada yang explain mengenai suntikan untuk lumpuhkan separuh badan. Semuanya nak buat serentak...aku ney sorang jer ade 2 telinga. Mana satu aku nak dengar pun tak pasti. Tangan sebelah kanan azey masih tak dapat cari urat sebab azey tak genggam betul-betul dan akhirnya kene cucuk melalui urat ibu jari. Azey dah blur kat dalam tuh sebab terkenangkan story kawan-kawan yang ada pengalaman kene operate.

Suntikan untuk kebas separuh badan tuh pun azey suspen. Azey kene bangun untuk disuntik di bahagian tulang belakang. Tak sakit sangat dan azey tak nangis pun. Selepas semua persediaan dibuat akhirnya operasi bedah pun bermula. Dalam beberapa minit azey terasa dada azey ditekan-tekan dan doktor yang duduk di sebelah kiri azey bagi tau yang sekarang ney sedang berlaku proses untuk keluarkan bayi. Azey hanya angguk tanda paham. Sesekali doktor yang sedang membelah perut melihat wajah azey, mungkin untuk memastikan yang azey tak rasa sakit. Takut kalau-kalau kesan ubat kebas dah ilang kot. 

11:20 a.m - Alhamdulillah setelah semua rintangan azey lalui, akhirnya azey terdengar suara bayi yang tidak terlalu kuat. Tangisan anak azey yang pertama membuatkan air mata azey mengalir. Sekejap tuh suara tangisan itu hilang...mungkin nurse dah bawak bayi keluar untuk dibersihkan. Tidak beberapa lama nurse bawak bayi itu semula dan tunjuk pada azey. Azey beri kuncupan pertama dan melihat gender my baby. Azey tak berkesempatan untuk menyusu my baby. Dalam proses untuk menjahit tuh tetiba azey rasa dada ney sakit teramat dan doktor kat sebelah perasan perubahan wajah azey. Dia pun bertanya dan azey cakap sakit dada. Mungkin dia kurang dengar kerana azey memakai alat bantuan pernafasan. Dia ingat azey dapat rasa sakit dan doktor lagi sorang mula bersiap sedia untuk proses memasukkan ubat supaya azey tidur sepenuhnya. Tapi nasib baik doktor tuh tanya sekali lagi dan baru dia paham yang azey sakit dada. Setelah pembedahan selesai..badan azey menggeletar kesejukan. Azey kemudian diletakkan di luar bilik bedah untuk memastikan tekanan darah stabil dan azey dapat menggerakkan kaki. Kemudian baru azey di masukkan ke wad untuk pemerhatian. Di sini azey bersyukur sekali lagi kerana dapat jumpa mak yang setia menunggu dan azey tau mak menangis dalam hati. Dia tak mau tunjuk tangisan itu supaya azey tak menangis sama.

Azey hanya dapat jumpa my baby pada keesokan hari kerana baby dimasukkan ke nursery untuk pemerhatian. Alhamdulillah pada hari Sabtu petang, my baby discharged from nursery dan azey dapat susukan dia.

Kalau nak ikut perjalanan sebenar memang lebih panjang namun azey coretkan sedikit agar kenangan ini kekal sentiasa kerana inilah satu-satunya pengalaman yang tak akan azey lupakan. Azey patutnya dapat wad kelas 1 tapi dah penuh dan nurse tanya kalau azey bleh duduk wad kelas 3. Azey akur jerr sebab tak kuasalah aku nak bertekak untuk dapat kelas 1 gak pada saat-saat ngah sakit ney. Tapi azey dapat kelas 2..kebetulan ada kekosongan. Kali ney azey yakin ianya bukan kebetulan tapi ketentuan Allah yang membantu meringankan beban yang azey tanggung. Azey dimasukkan ke Wad 2-4 no 6 sehingga hari discharged pada 29 Apr jam 12 p.m. Oleh kerana rasa yang teramat sangat nak balik rumah sampai azey terpaksa kelentong ngan doktor yang azey dah buang air besar. Balik rumah baru azey mula buang air besar...takpe lah...janji semuanya selamat (^______-)

Mr. Ammar Fareeq
p/s: Happy Mother Day to all my lovely buddy and to me too...hikhik

Friday, April 6, 2012

Alahaiiii....chumel jer

Tungku Bayi
Bought this for my baby with price RM15. Masa google nampak macam besar. Nama pon tungku kan ade la besar penumbuk kot tapi bila dapat real....alahaiiii comel loteh jer ghupernyer. Tak sesuai nak panggil tungku tau, panggil tuam ajer la yer...huhuhu.

Kat dalam bunjut tuam ney ada herba seperti Habatusauda, jintan, lada hitam dan etc. Kegunaannya adalah untuk mengelakkan perut baby kembung, mengecutkan pusat baby, mengelakkan angin pasang bagi baby lelaki dan etc.

Tuam ney akan azey gunakan untuk tuam perut baby dan ehem-ehem dia nanti (^_____*)

p/s: balik ney mesti mak azey akan kata "semuanya nak beli, boleh buat sendiri jer pon ney"...kuang kuang kuang....anak mak ney nak menyenangkan mak ler (--")

Tuesday, April 3, 2012

Beli online lagi untung

Azey ney takde ceghita lain ker? Asik-asik hapdet barang baby jer  (--")

Ini belog azey, sukati den ar nak ceghita pasal ape erk..hehehe. Azey bukan ape...just hapdet nak bagi info. Yang mana rasa-rasanya bleh jadi info berguna tuh bleh la yuk olz ikut.

This time azey nak khabar kan pasal pembelian online yang sungguh berpatutan. Semalam azey baru sahaja menerima barang baby dan juga mommy yang azey order di Enjoy Breastfeed. Azey ney memang suka survey-survey harga sebelum membeli. Azey bukan setakat survey harga antara online shop tapi azey compare juga dengan harga di kedai yang terdapat sekitar Melaka ney. Maka azey dengan senang hati membeli secara online di Enjoy Breastfeed berbanding beli di kedai. Of course kerana harga lebih murah dan still mendatangkan untung.

10 x 5oz PP Breast milk Storage Bottles - RM30
Ambre Butterfly Rose Garden Padded Nursing Bra *Underwired* - RM18.90
AmazingMom Nipples-protected Washable Bra Pads - RM12.72
Ambre Comfort Front-Open Maternity and Nursing Bra - RM9.95
First time azey order dengan Enjoy Breastfeed and all above items ordered by Friday. Sepatutnya azey dapat parcel from Enjoy Breastfeed pada hari Sabtu tetapi memandangkan azey kuar shopping ngan mak so Monday la baru azey dapat parcel. Cepatkan service mereka??Sehari je ambil masa untuk dapat barang. 

Semalam azey dapat lagi satu barang yang azey order boleh dikatakan melalui online gak ler. Azey cuba google Tungku Moden a.k.a Tungku Elektrik yang boleh azey beli di area Melaka. Tup..tup...kuar lah dealer dari Sg. Udang ney but dia takde online blog or web just ade phone number. Azey pun cuba sms dan reply dari dealer tuh very positive dengan harga yang jauh lebih murah sampai azey ragu-ragu betul ker barang yang dijual adalah sama dengan barang yang azey nak ney heheheh. Maklumlah...kadang nama barang tuh sama tapi lain pulak jenisnya kan. The dealer siap nak hantar kat rumah azey kat Lubok China okek. Azey pikir nak drop by kat Sg. Udang dan ambil tungku tuh but then dia kata nak hantar plak. Sejak hari Jumaat tunggu takde plak delaer ney call nak datang ke ape. Akhirnya semalam dapat gak jumpe dealer ney kat stesen minyak Petronas berdekatan rumah azey. Actually dealer ney ade keje kat KL yang perlu diselesaikan and that's why lambat sikit nak hantar Tungku Moden ney kat azey. Azey pun tak kesah just jangan berbulan-bulan lambatnya dah ler.

Image from Google search http://pixel-iklan.com
Ade juga yang panggil bantal panas. Aikhh...napela takde nama khusus untuk benda-benda macam ney. Banyak sangat nama bleh konfius tau. Ohh...seriously azey memang lupa nak tanya nama dealer tuh...wakakaka. Kegiatan jual beli berlaku pantas sekali. Tapi lepas azey sampai umah, dealer tuh call balik. Dia cuma ingatkan supaya azey tak guna tungku ney pada bahagian pinggang kerana azey mengandung. Azey inform kat dia yang azey nak guna lepas bersalin nanti hehehehe. Harga yang ditawarkan pada azey cuma RM25 tapi azey bagi RM30 kerana effort dia nak hantar sampai umah tuh. Kalau ade yang mencari produk ney di area Melaka boleh cuba kontek this number 019-6234 234, maaflah azey tak tau nama dealer ney (--")

Monday, April 2, 2012

Kertas Bersalin a.k.a Kertas Cina

It's April oready.... ((^____-))

Debaran menyambut orang baru kian terasa. Tak mampu rasanya untuk azey memikirkan apa yang bakal berlaku. Hari demi hari, detik demi detik, azey cuma mampu berdoa agar tuhan permudahkan segalanya.

Selagi azey mampu berjalan dan selagi my baby belum kuar, selagi itulah persiapan menyambut kelahiran baby diteruskan. Sabtu lepas, azey dapat beli kertas bersalin atau kertas cina. Kertas ney digunakan untuk mengalas katil semasa stay di hospital selepas bersalin. Seperti sedia maklum, darah nifas akan keluar banyak so tak nak bagi melekat kat katil kene lah alas dengan kertas ney.
Kertas Bersalin a.k.a Kertas Cina
Azey beli kat kedai cina di Masjid Tanah dengan harga RM2.50 untuk 3 keping. Saiz kertas ney sama besar dengan saiz katil kat hospital. Cara nak guna cuma letakkan kertas bersalin atas cadar katil dan baring. Sepanjang kita stay kat hospital tuh kenelah guna kertas ney. Kalau nak guna masa stay kat umah pun bleh gak kot.

Masa azey bagi tau mak kene beli kertas bersalin ney, terus mak azey kata tak payah sebab hospital akan sediakan. Bila mak tanya nurse kat klinik barulah mak tau yang sekarang memang pesakit kene sediakan semuanya. Nurse tuh plak cakap kerajaan sekarang dah takde budget nak sediakan semua tuh. Dolu-dolu memang pihak hospital sediakan kertas alas.

p/s: azey masih belum order jamu untuk lepas bersalin. Dapat jer gaji bulan ney dah kene order. Azey dah survey dan nampaknyer harga order online lebih murah dari beli kat kedai. Pulak tuh tak de kos penghantaran okek!

Friday, March 30, 2012

Baby Dragon Blanket

Gud Morningggggg.....


Dragon blanket yang azey redeem dah sampai!!!! Takdelah ambil masa yang lama sangat. Hanya 2 minggu jer dah bleh dapat. Memang bagus servis Anmum Club ney yer. Post about this redeem dan Anmum testimonial bleh baca kat sini yer ^______^

Monday, March 26, 2012

Bila mak budak merajuk

Assalamualaikum...

Pagi tadi azey ade check up. Semalam genap sudah 34 minggu usia kandungan azey. Beg baby dan beg ammi sudah pun dimasukkan dalam kereta walaupun masih ada beberapa barang kecil yang belum beli.

Sampai ofis perkara pertama mestilah check e-mail rite? E-mail tak rasmi yang di check dulu dan tersenyum lebar bila dapat komen dari school buddy yang baru sahaja habis pantang. Puan Suhana Sani telah dikurniakan baby gurl yang comel bangat. Siap buat post khas buat azey ney kes tak jenguk dia sewaktu gi Wangsa Maju tempoh hari.

Comel kan baby kat facebook badge tuh
Menunjuk perasaan dengan menggunakan blog tuh. Bersungguh-sungguh dak sue ney wat post khas untuk mengumumkan yang beliau ngah majuk ngan azey. Berbulan-bulan azey tunggu dia update post pasal baby, alih-alih post ney jer yang dia publish.

To: Puan Suhana Sani
Message: Sape nak pujuk merajuk kamu tuh?? Mak kuat merajuk mesti dak Zara pun ikut sama...heheheh.

Friday, March 23, 2012

Sesungguhnya masih ada yang sayang...

8 months membunting  (^____*)

Rabu, 21 Mac - Mr. M menasihatkan azey supaya banyak membaca Al-Quran atau paling tidak pun dengarkan bacaan Al-Quran agar anak yang dikandung mendapat kebaikan daripada wahyu Allah.

Khamis, 22 Mac - Ustaz Abdul Latip yang jarang sekali muncul di pejabat azey kerana beliau bertugas di Sektor Pendidikan Islam, Bukit Baru. Seperti pandangan orang lain apabila melihat ibu mengandung, beliau juga turut mengajukan soalan yang sama iaitu "Berapa bulan dah ney??". Lantas mengutarakan bermacam-macam nasihat dari sudut agama dan antara yang ingin azey ketengahkan adalah membaca surah Luqman sekiranya anak yang azey kandungkan adalah lelaki. Kedatangan beliau walau seminit cuma...namun azey terasa seperti ada yang cuba memberi pesanan melalui beliau.

Awal pagi semalam azey mula mencari surah Al-Quran yang boleh download dari internet tetapi network opis azey tidak membenarkan. Untung ada kak Khadijah yang menyimpan 114 surah Al-Quran di dalam external hard disc beliau. 

Azey menyedari yang azey memang dah lama tidak mengaji mahupun mendengar bacaan Al-Quran sejak kandungan melebihi 5 bulan. Pada awal usia kandungan, azey pernah juga mengaji dan membaca bahan-bahan ilmiah berbentuk keagamaan. Pada saat itu cuma tanda kesyukuran yang teramat sangat kepada Maha Esa kerana memberi rezki yang tidak ternilai kepada azey dan suami.

Mungkin syaitan telah menghasut azey agar meninggalkan semua itu atau pun diri azey sendiri yang mudah lupa atas pemberian tuhan. Tapi syukur Alhamdulillah kerana Dia masih menyanyangi azey dengan memberi kesedaran melalui orang-orang yang warak. Sejak semalam azey mula mendengar bacaan Al-Quran terutama surah Luqman dan Yaasiin.

Bermula dari mendengar dan terus hati terasa ingin membaca dan terus mencari tafsir bagi surah Luqman. Amatlah tersentuh hati ini sehingga berair mata azey kerana kebesaran Allah. Ustaz juga menekankan bahawa surah tersebut akan mengingatkan anak kita supaya tidak meninggikan suara kepada ibubapa bahkan anak tersebut tidak akan mengatakan "Tidak" kepada suruhan ibubapa. Selain mengingatkan kita agar tidak menyukutukan Allah, terdapat doa agar anak menjadi bijaksana. Semoga apa yang azey kongsikan ini dapat diamalkan oleh ibu-ibu mengandung agar disamping kita beramal, anak di dalam kandungan juga akan mendapat kebaikan daripadanya....ameen

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Antara ayat-ayat yang ingin azey kongsikan yang boleh dijadikan doa. Surah Luqman ney pendek jer cuma 34 ayat dan terlalu mudah untuk azey memahami keseluruhan ayat...Alhamdulillah.

Wednesday, March 21, 2012

Air Kelapa Ori??

Bukan nak citer pasal khasiat air kelapa.

Bukan juga nak citer part ibu mengandung elok minum air kelapa.

Bistu...nak citer pe ney??? :P

Citer pasal air kelapa ori ney haa.... Korang tau ker ape tuh air kelapa ori??? Cam nak jual produk lak ekh. 
Air kelapa ori ney sebenarnya air kelapa fresh tuh jer...hehehe. Azey panggil air kelapa ori just becoz ade gerai kat area Muzaffar Heights ney yang guna term Air Kelapa Ori. Mula-mula azey singgah, azey beli air kelapa biasa yang macam jual kat pasar malam tuh. Air kelapa yang dah dicampur air gula dan ais sampai minum bleh rasa tekak ney beku sekejap. Kebetulan time azey singgah ade customer lain yang datang dan cakap nak air kelapa ori. Azey plak dah order air kelapa biasa tuh kan, nak tak nak bayor jer la...tapi dalam hati nak singgah sok untuk beli yang ori plak :P

Selalu azey singgah, azey pun mintak ler air kelapa ori 2 yer. Sebungkus air kelapa ori harganya RM2.50. Memang ler mahal tapi berbaloi kot coz ko tak payah susah-susah nak ngopek kelapa tuh kan. Balik rumah terus campur ngan air gula dan letak ais bleh minum satu famili. Tapi azey tak wat gitu coz yang minum azey sorang jer. Azey minum fresh gitu pun dah cukup manis. Isi kelapa muda tuh azey selalu makan skit jer dan mak azey yang akan habiskan. Kengkawan opis ler dok khaborkan kalau minum air kelapa nanti kuar baby bersih jer. Cemana ghuper bersih tuh azey pung tak tahu. Azey ikutkan aje selagi tak mendatangkan ape-ape kemudaratan...Insya'allah. My mother pun advice the same thing. 

Baru beberapa kali singgah beli tapi budak gerai tuh dah kenal lak ngan azey. Bila azey sampai jer...budak tuh terus cakap "Ori?"...azey pun mengiakan ajer dan bayar...heheh. Suka beli kat tempat yang pandai jaga customer ney  (^_____^)

Monday, March 19, 2012

What's inside my baby closet?

What's Up MONDAY?? (--")

Dari azey melayan Monday Blues...lebih baik publish post kat blog. Wahhh...bleh gitu!

My baby preparation 99% complete...perghhh condifent jerk!! Yang asas complete dah laa... (^___-)

Almari baby beli kat Carrefour jer with price RM90.99. Dapat harga offer dan original price tak hengat deq oi! Adventure part---azey beli kat Carrefour Wangsa Maju...kehkehkeh. Kat Melaka takde Carrefour ker makcek??! Hado laaa tapi kat Melaka town tuh dan parking  space 100x lebih adventure tau. Actually, azey menghadiri wedding my buddy so dah alang-alang kat KL tuh moh ler kita jejalan. Memang dah plan ngan mak azey nak cari baby closet dan cadangan mak ler ney sampai ke Carrefour.

Sape pulak yang pasang siap closet ney? My brother and my mother laa...azey cume arah part-part yang mana perlu pasang...almaklumlah ibu mengandung mana bleh wat keje berat. Mak ngan adek azey pasang sampai terhempap kaki tau. Sian kat my mother (T___T).....

Baby bag yang color biru itu adalah hadiah my baby yang pertama. Walaupun baby belum kuar tapi dah dapat hadiah (^___^). Thank you Mr. M! Beg itu telah mak azey siapkan pakaian baby dan all the stuffs yang perlu di bawa ke hospital. Tunggu masa untuk disumbatkan dalam kete jer....nebes I!

Beg kaler itam kat atas closet adalah my Spectra Breastpump yang azey beli dari Pn. Idah (my office colleague). Azey beli 2nd hand jer but still ade warranty tau!! Itu pun azey bayar bulan-bulan...ekekeke. Mak kata baby pertama orang selalu beli barang baru. I just dont care...kat mana bleh berjimat for sure I will do it (^___^)

Baju baby pulak hanya 2 kali sesi pembelian. Pembelian pertama azey beli kat J.Jusco by that time ade baby fair secara kecil-kecilan. Azey men hangkut jer yang mana berkenan dan bila tunjuk kat mak, mak kata saiz besor lak. Berlakulah sesi kedua yang mana azey bawa mak beli kat Family Store, M.Tanah. Walaupun Family Store tapi barang sume brand standard tau macam Pureen and Tollyjoy. Just let my mother yang pilih dan azey bayar jer laa. Ade laa kot 20 pasang baju dan semuanya seluar panjang. Mak azey tak suka bagi baby pakai seluar pendek.

Barang-barang jagaan baby, azey cuma pilih Johnson & Johnson. Ini maybe terpengaruh ngan mak azey yang menggunakan ONLY this produk on me. Takde lah bagus sesangat pun produk ney sebab azey mula sedar tentang penggunaan produk organics. Terdapat beberapa bahan chemical yang azey kenalpasti telah digunakan dalam produk J&J ney. Jika produk ney mendatangkan kemudaratan to my baby, azey akan stop serta merta.

Baby bottle pulak azey dah beli Tommee Tippee. Hopefully baby sesuai ngan bottle and teat brand ney. Azey pun berharap sangat dapat fully breastfeeding my baby until a year at least dan kalau rezki my baby dapat susu ibu lebih dari setahun...Alhamdulillah.

My mother dah siapkan barut baby dan bengkung----hand made. My mother gak lah yang basuh semua baju baby dan baju baby dilipat complete 1 set (baju,seluar,sarung tangan, sarung kaki, topi) dalam plastik setiap satu. Azey so suprise bila mak buat macam tuh just untuk meyenangkan azey ketika berseorangan di hospital nanti. Azey ney kalau nak buat boleh tapi tunggu mood sampai. Thank you mother and kita akan sambut Hari Ibu bersama-sama this year! Just cant wait for that (^____^)

Overall my baby preparation almost there....dan azey mula membeli sejak kandungan cecah 7 months above. Alhamdulillah....ade rezki bleh beli sikit-sikit. Nak sekali lambak beli tuh mau pengsan hoi!! Barang-barang macam Baby Jumper, Baby Gym, and Baby Stroller tuh bleh bali after habis pantang kot. Tengah dalam pantang ko nak berjalan ke mana?? Takat gi klinik wat check-up tuh tak yah ler nak bawak stroller bagai kan. This is just my pemandangan....ngeeee.

Friday, March 16, 2012

Lunch apekah??

McD Double
This is my lunch set for lovely Friday. Double Mc Chicken set + sundae choc yawwww....Blissfull!!

First taim okek order burger double (^______^) Owhhh....dalam gambo takde air just becoz azey namo minum air berkarbonat (but then i can eat ice cream....Brilliant!)

Total damage for this set RM12.65 (--")

Thursday, March 15, 2012

Kenyang Peyut...Suka Hati...

Alhamdulillah masih dapat menikmati rezeki tuhan beri. Azey baru lepas santap my lunch yang ditapau di kedai kuning. Kalau orang stay di Bukit Beruang, Melaka for sure tau kedai umah kuning kan. Sejak azey mula beli makanan kat kedai tuh, azey memang kerap tuju sana jer kalau takde plan nak gi JJ or MYDIN. Lauk-pauk kat kedai kedai memang meriah dan azey akan ambil lebih dari tiga jenis lauk. Azey nampak rebung masak lemak kuning, azey cedok sekeping rebung ngan kuah skit. Pastu azey nampak lak nangka masak lemak kuning lagi, azey kaut nangka seketul dan kuah skit. Round lagi...azey nampak lak tempe goreng sambal, pun azey senduk masuk dalam bekas tapau tapi kali ney lebih skitla daripada rebung dan nangka. Ada pulak paru goreng bercili, pun akan azey kutip guna penyepit sambil kira tuh...huhuhu. Ney sume baru lauk sampingan....lauk utama belum masuk dalam bekas tapau lagi ney tapi bekas macam dah penuh???Hahahah...mentang-mentang mengandung, kemain lagi azey melantak kan. Cuba kalau taim anak dara dulu...azey lah orang yang paling kuat berdiet sampai bleh ikut member nak gi lunch tapi order air je dan tengok jer member makan. Sekarang baru azey tau bagaimana perasaan member bila ada kawan cam azey ney...hahaha.

By the way....lunch tadi azey makan ikan kembung saiz besar kot (sejak pregnant baru azey tau kepentingan saiz ikan ney sebab tiap kali gi check-up for sure kena tazkirah pasal pemakanan dan ikan bersaiz sederhana paling sesuai untuk memberi gambaran jelas kepada para ibu bagi pemilihan makanan), sayur azey ambil petola masak air + nangka masak lemak kuning seketul jer + kentang masak sup ayam. Lepas makan terus mengah and kalau boleh terus nak lelap...wahhh gitu!

Tengah-tengah dok type post ney bleh plak my boss panggil dan lebih kurang 2 jam dalam bilik baru dapat sambung type ney. Elok-elok nak publish taim orang abis lunch langsung dapat publish sebelum kul 5....hohoho. Boss minta azey buat slide jer pun tapi dia punya citer berkait-kait sampai azey rasa macam dah pernah dengar pun ada. Bunyi telefon di bilik beliau telah memberi nafas lega pada azey....fuhhhh. Actually suka dengar dia boss azey bercerita sebab memang banyak sangat pengajaran dan pembelajaran yang boleh kita dapat. Pulak tuh taim dia cerita hanya one way jer tau...maksud azey takde maknanya azey nak menyampuk dengan my story ke hape. Azey cume tekun dengar dan ermm..urmmm..a'ahh..yer...sesekali.

Kek batik that I had on last raya!
Oleh kerana ini post about makan, maka azey selitkan gambar kek batik yang azey santap taim jamuan hari raya 2011 Unit Pentadbiran Am. Of course lah sedap thats why azey siap tapau semangkuk kek batik bawak balik opis. And taim ney azey dah 2 bulan pregnant so konon-konon ngidam ler tuh sampai ambil lelebih kan. Elok-elok my boss tak tau azey pregnant terus dia terperanjat bila nengok azey burok lantak cenggini...kahkahkah.

Okey lah...dah nak kul 5 ney. Nak kemas-kemas balik pulok....esok kene wat task yang bos bagi tadi. Daaaaa.....~~~

Wednesday, March 14, 2012

My Anmum Materna Testimonial

Selamat hari Rabu semua!...

Dah 32 minggu mengandung baru nak buat testimoni bagai erk?!...memang ampes azey ney..keskeskes. Azey cuba mencari masa dan idea bagi memantapkan lagi my journey through blog. Kebiasaannya azey akan blog-walking merata-rata bagi menciplak mandapat inspirasi (--__--)

Sebelum azey melangkah lebih jauh, lebih baik azey fokus pada motif utama tajuk entry kali ney. Sejak azey dapat tau yang azey bakal dapat baby, time tuh dah masuk 7 minggu (cepat-cepat azey check buku rekod kesihatan ibu, nampak sangat den pelupo...ngengeh). Azey terus beli Anmum Materna....

Sumber dari anmum.com
Azey beli pek kecik jer memula sebab azey tak pernah sekali pun seumur hidup minum susu tepung. Seriously azey tak pernah teringin pun nak rasa cemana rasa susu tepung. Sejak baby lagi mak azey cakap yang azey tak minum susu ibu dan azey hanya minum MILO...huhuhu. Azey pernah tegur mak azey time tuh mak azey baru bancuh air dan azey tanya "bau ape yer ney mak??" mak azey lak tanya balik "bau ape??" azey jawab balik "bau sesuatu yang ica tak suka..." mak azey pun cepat tangkap ape yang azey tak suka then jawapan beliau "Oooo...bau air susu yang mak bancuh ney kot". Cenggitu ler betapa tak sukanyer azey pada susu sampai bau pun tak bleh.

Meningkat dewasa (chewah...ayat tak mo kalah) azey mula berjinak-jinak ngan susu dan pilihan pertama susu yang azey test adalah HL. Nasib memang menyebelahi sebab pertama kali rasa terus serasi dan itulah satu-satu susu kotak yang azey boleh terima. Ingatkan dah bleh minum susu HL for sure boleh minum susu jenama lain. Rupa-rupanya rasa susu jenama lain memang berbeza-beza. Azey pernah try minum susu Marigold (padahal susu HL dari Marigold gak kan??) dan Dutchlady tapi tekak tak bleh terima. Cuma susu perasa coklat or stoberi jer bleh masuk tekak ney untuk jenama lain.

Berbalik kepada susu Anmum ney...disebabkan pertama kali nak try minum susu tepung jadi azey mula dengan kotak size kecil jer. Demi my baby sanggup azey tolak ke tapi rasa fobia or whatever feeling yang menghantui diri ini supaya dapat menerima susu tepung. Memang nasib masih menyebelahi azey kerna rasa susu Anmum ney agak sedap dan tidak meloyakan. Pertama kali daftar di Klinik Ibu Dan Anak, Lubok China dan buat blood test, my HB is 12.3. Sejujurnya azey memang jenis kurang HB sebab setiap kali nak derma darah for sure tak lepas part HB test ney. Result azey mesti hanya cukup untuk diri sendiri iaitu araund 12.0 sahaja. 

Buku Rekod Kesihatan Ibu a.k.a Buku Pink
Pada mulanya azey langsung tak menyangka yang susu Anmum telah membantu menaikkan HB azey. So azey mula abaikan minum susu, dan hanya bergantung dengan vitamin-vitamin yang klinik bagi. Ada 4 jenis vitamin yang setiap ibu akan dapat iaitu Vitamin B-Complex, Ascorbic Asid, Iron dan Folic Acid. Vitamin-vitamin ney sume penting untuk perkembangan janin okek! Kalau nak tau kenalah Google yer...

Sume vitamin ney free jer kalau gi kli
Minggu ke-11 check up, HB azey melonjak lagi ke 13.0. Inilah HB yang paling tinggi seumur hidup azey. Dari minggu ke-7 hingga ke-28, azey akan buat check-up sebulan sekali. Memandangkan HB azey kian menurun sehingga menjunam ke angka 11.0 maka tiap-tiap bulan azey akan dapat nasihat supaya makan makanan yang boleh manambah darah seperti kerang, sayur bayam, sayur peria and ect. Azey kan dah stop minum Anmum dan azey mula minum susu HL pula. Sebab-sebab azey berhenti minum Anmum adalah kerana azey mula rasa JEMU....itu jer!!huhuhu. Susu HL pun azey minum 2 hari sekali atau bila teringat nak minum jer...heheh. Sorry baby...ammi kamu ney suke buat memandai (--") Bila HB dah sampai tahap 11.0, azey mula panic skit. Actually....sejak HB azey pada tahap 13.0, azey mula skip makan vitamin dan sebab musabab adalah sama dengan sebab azey stop minum Anmum. Hadehhh....inilah padahnya kalau ikutkan perasaan sendiri tanpa memikirkan baby kat dalam ney.

Azey cuba juga makan vitamin iron tuh 2 biji sehari. Padahal makan sebiji sehari jer tetapi memandangkan azey ade tablet lebih sebab pernah skip makan vitamin, so azey cuba nak abiskan vitamin yang ada. Cara ney tak mendatangkan ape-ape perubahan pun pada result darah azey. Akhirnya baru azey teringat pasal Anmum dan terus mula minum semula. Tak sampai dua minggu minum susu tuh dan hanya sehari sekali jer azey minum, HB azey naik semula ke 11.6. Syukur Alhamdulillah.....semoga baby ammi sehat sepanjang dalam perut (bukan perut laa....rahim erk? tapi cam tak best cakap dalam rahim so stick dengan perut je la) 

Bermula dari saat itu azey mula abaikan ambil vitamin yang dibekalkan klinik kerana tak banyak membantu. Furthur more...segala kandungan vitamin yang diperlukan baby turut ada dalam Anmum. Azey hanya minum susu Anmum 2 hari sekali bagi mengekalkan tahap HB sehingga azey melahirkan. Azey dah mula beli pek besar kerana sekarang ade promosi sehingga 31 May tau!! Bukan promosi harga murah but promosi untuk redeem free gift dengan hanya mengumpul kepingan belakang scoop susu Anmum Materna or Lacta only. Kalau nak tau lebih lanjut pergi ke Anmum Malaysia untuk tengok free gift yang ditawarkan.

Azey baru jer hantar untuk redeem blanket dan azey plan nak beli stok Anmum Lacta untuk digunakan semasa confinement period. Second redeem haruslah aim for Infrared  Thermometer....



Korang-korang yang minum Anmum cepat-cepat kumpul your scoops. Free Gift ney bukan tiap-tiap bulan dapat...maybe setahun sekali jer. Tak rugi pun kalau beli banyak sekali sebab selagi tak buka packaging, susu boleh tahan sampai expired date. Kalau dah buka tuh kena habiskan dalam masa sebulan kalau tidak susu akan mengeras walau ko letak dalam bekas Tupperware yang kedap udara sekalipun (ecehhh....macam ade pengalaman jer. YER MEMANG PUN!!!) T__T

That's all for now.......*wInK*