Bahan-bahan:
1 1/2 cwn Beras (basuh dan toskan)
1/2 biji Kelapa (diambil santan pekat)
200 gm Daging cincang (Ramli)
5 sb Minyak masak
1 sb Minyak sapi
3 helai Daun pandan
Udang kering (ditumbuk separuh hancur)
Udang (saiz kecil)
Garam
Air
2 biji Bawang besar (dipotong dadu)
4 ulas Bawang putih
1 inci Halia
- Halia dan bawang putih ditumbuk bersama
Bahan rempah (untuk ditumis)
1 inci Kulit kayu manis
3 kuntum Bunga cengkih
1 kuntum Bunga lawang
3 biji Buah pelaga
Bahan rempah (goreng kering dan tumbuk halus)
1/4 st Jintan putih
1/4 st Halba
1/4 st Lada sulah
1/4 st Lada hitam
Bahan tambahan
Kacang kuda (direndam dan direbus)
Tempe (digoreng dan dipotong kecil)
Daun bawang & sup
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bawang besar dan pes pawang putih bersama halia sehingga layu atau kekuningan.
2. Masukkan bahan rempah (untuk ditumis), setelah naik bau masukkan bahan rempah yang telah ditumbuk halus. Tumis sehingga garing dan kemudian masukkan udang kering.
3. Masukkan daging dan masak sehingga air daging kering. Kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air sehingga separuh periuk dan masukkan daun pandan bersama kacang kuda. Masak sehingga air mendidih baru masukkan beras.
5. Bila beras dah kembang dan hampir masak, masukkan santan dan garam.
6. Bila dah siap taburkan daun bawang dan daun sup dan hirisan tempe.
First time wat bubur lambuk ni and tidak menghampakan. Enjoy the pics plak okeh...
![]() |
| sebelum nasik masak |
![]() |
| selepas nasi masak dan dimasukkan santan |
![]() |
| my garnish |
![]() | ||||||||||||||||||||||
| untuk Ibu (my mertua) |







0 yang mengiyau:
Post a Comment