Mengidam sangat nak buat Char Kuey Teow. Bukannyer mengidam nak makan okeh. Last week dah rasa char kuey teow kat pasar malam Bertam Ulu. So nice and the taste tak lari jauh from Char Kuey Teow in Penang. Suppose guna udang yang belum dibuang kulit but I punya dah di siang bersih heheh. Lets check out the recipe...
Bahan-bahan
2 ulas bawang Merah Kecil (diracik halus)
3 ulas Bawang Putih (dihiris)
Sedikit udang kering
3 s/b Cili Kering (yang telah dikisar a.k.a cili boh)
1/4 cwn Kicap Cair
1/2 cwn air
4 biji Cili Padi
1 biji Cili Merah
2 biji Telur
1 peket Kuey Teow
Udang
Sedikit Taugeh
Daun Bawang
Cara-cara
1. Tumis bawang merah dan putih yng telah dihiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering (udang kering yang I beli jenis halus so I tak tumbuk).
2. Masukkan cili kering yang telah di blend. Masak sehingga cili agak garing.
3. Masukkan hirisan cili padi, cili merah dan kicap cair. Masukkan udang dan kacau sehingga udang hampir masak kemudian tambahkan air.
4. Setelah mendidih masukkan taugeh. Tambahkan bahan perasa seperti garam dan lada sulah.
5. Masukkan kuey teow dan goreng sehingga kuey teow sebati dengan semua perasa.
6. Akhir sekali pecahkan telur dan taburkan serbuk lada sulah atas telur yang baru sahaja dimasukkan. Kacau kuey teow bersama-sama telur sehingga masak.
7. Sebelum dihidangkan tabur daun bawang. (Sedap dimakan ketika panas-panas ^o^)
Actually this is my version coz banyak bahan yang takde kat umah and I so so malas nak gi market. Antara bahan yang sepatutnya ada dalam this recipe are chicken stock (I gantikan dengan air biasa sahaja), kicap pekat (I guna kicap cair sahaja, suppose ada dua-dua jenis kicap), cili jeruk (masa hidang patut ada cili jeruk sekali). Apa yang penting untuk buat Char Kuey Teow ni adalah cara masak. Kena masak atas api yang kuat dan cara menggaul perlu tangkas heheh macam nak main badminton plak. Maksud I kena cepat...sebab tu masakan ni cepat dimasak and cepat je habis ahaks! Have a try gerenti pueh ati...yummmyyy..



0 yang mengiyau:
Post a Comment