First tyme makan ulam iney dah rasa teruje nak menanamnyer tapi aku tak rajen pom nak cari anak pokok. Setelah lama menunggu bulan jatuh ke riba akhirnyer dapat jugak anak pokok Tenggek Burung iney tapi takdela sampai jatuh atas riba aku kan (T_T)
En.Zaki sms aku malam kelmarin memberitahu anak pokok dah ada. Aku pom reply suruh bawak sok. Hari-hari sebelumnyer kami ber-sms dalam bilik mesyuarat...ahakss. Ketua Sektor sedang ligat menyampaikan amanat, kami berdua boleh ber-sms pulak. Sebenarnyer aku tau...bukan kami berdua jer yang ber-sms semasa mesyuarat. Boleh dikatakan 80% ber-sms sesama ahli mesyuarat (--")
Itu sahaja cerita kenakalan kami semua semasa mesyuarat, meh nak story pasal benda baik-baik pulak yer. Ulam Tenggek Burung ney banyak khasiatnyer. Dah nama pom ulam of cos lah berkhasiat. Sebelum aku menulis post ney, aku pom tak tau khasiat yang sebenarnyer. Bila dah google tadik aku rasa malu pulak nak publish....ahakss. Aku publish khasiat yang baik-baik aje lah yer...
Nama Tempatan: Tenggek Burung
Nama Botani: Euodia ridleyi / Euodia redlevi
Khasiat: mencegah serangan darah tinggi, mengecutkan rahim (bagi wanita yang baru lepas bersalin), melancarkan peraliran darah.
Ulam ney aku rasa ade lemak-lemak ckit and sangat sedaplah pendek kata. Makan nasik goreng pom boleh berulamkan Tenggek Burung. Dak Zaki kata pokok ney kalau besar macam pokok mangga tu haa...tapi kalau nak pokok ney tumbuh rendah ajer kene lah rajen patahkan dahannyer. Pokok ney jarang jumpe and kalau nak carik kene masuk hutan nun...almaklumlah pokok hutan. Tetiba rasa bangga cos dapat tanam pokok yang sungguh berharga iney...heheh.
![]() |
| Teguh berdiri dalam kereta walaupun driver bawak bagai nak gila (^o^) |
![]() |
| Buat masa ney letak kat luar umah dulu yer..tunggu bonda hamba balek baru tanam erk |




