Tuesday, March 22, 2011

Nasi Hujan Panas

Nak masak nasi hujan panas ney senang ajer. Aku tak tau ape perbezaan antara nasi minyak and nasi hujan panas. Kalau tak silap aku nasi hujan panas ade banyak kaler and nasik minyak kaler kuning jer la. Bahan-bahan tumis tuh takde beza rasanyer. Tapi tak pe lah...ape-ape pon janji sodap erkk. Ahad lepas teringin pulak nak makan nasik hujan panas, memandangkan stok susu cair masih menimbun jadi ape salahnyer aku korbankan satu untuk memenuhi citarasa tekak aku ney. Mari rapat tengok ini resipi yang aku tuntut dari my superior at JARING, thank you so much kak Fazidah.

Main petik jer bunga kat depan umah yang mak aku tanam.....

Bahan-bahan:

3 cwn Beras Basmathi (4-5 orang makan yer..)
2 cwn Susu cair
2 cwn Air
4 sudu besar Minyak sapi
2 sudu kecil Bawang besar (dikisar)
1 sudu kecil Bawang putih (dikisar)
1 sudu kecil Halia (dikisar)
2 kuntum Bunga lawang
5 biji Buah pelaga
1 batang Kayu manis (kalau besar sangat patahkan separuh...agak-agak lah yer)
1 tangkai Serai
Garam
Pewarna kuning
Kismis
Daun pandan

Cara-cara:
1. Mula-mula mesti cuci beras sehingga bersih dan toskan.
2.Panaskan minyak sapi dalam kuali and goreng kismis sampai kembong yer. Jangan tunggu sampai kismis meletop plak. Dah agak-agak kembong tuh angkat lah.
3. Masukkan bunga lawang, buah pelaga and kayu manis ke dalam minyak sapi tadi. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis lagi sehingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik.
5. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian masukkan susu cair and air. Padamkan api dan alihkan kesemua adunan kedalam periuk nasi eletrik.
6. Masukkan daun pandan dan garam. Tunggu sehingga nasi masak.
7. Selepas nasi dah masak, masukkan kismis yang telah digoreng tadi dan titikkan pewarna kuning. Sebelum padamkan letrik, pastikan nasi dah betul-betul masak and gaul hingga sebati.

Nasi hujan panas molek dipadankan dengan ayam masak merah and acar nenas dan timun. Aku malas nak bagi resipi ayam masak merah tuh. Korang pandai-pandai lah yer masak sendiri.

0 yang mengiyau: