Lama plak nak update pasal anak tudung nikah aku. Pejam celik…pejam celik…pejam lagik…tak sangka dah sebulan lebih aku menjadi isteri Muhd Faridh. Encek abang pon dah balik Serawak untuk menjalankan tugas-tugas beliau. Tinggallah sang isteri di perantauan…buwekkk…aku plak rasa nak muntah.
Okay okay…nak citer pasal anak tudung ney..so focus erk. This anak tudung D.I.Y by my MOTHER a.k.a mama. Hasil cetusan dari idea aku and tangan emas mama maka hasillah anak tudung yang macam beli siap kat kedai iney ;P Actually aku bagi sample anak tudung yang aku beli dari satu butik ney …dan rasa-rasanyer hanya sekali aku pakai and lepas tuh terduduk sopan dalam almari sahaje. Masalah yang sebenarnyer aku tak suka awning anak tudung tersebut. So…aku instruct mak aku (huihh…macam bagi arahan kat pekerja pulak) jahit tanpa letak kad keras (sebagai awning tudung). Mak aku ni pulak tak tau citer yang aku tak suka awning so dia letak jugak kad keras sama seperti sample anak tudung. Katanyer lebih cantek ada awning and senang nak jahit. Dengan merengus-rengus aku cakap aku tak nak yang awning keras….huhu sian kat mak aku kan. Tapi mak aku sangat la penyabar and bukak semula jahitan and remove the awning. Mintak ampun mak kerana terlalu banyak susahkan mak :( Perincian di bahagian hadapan anak tudung tersebut adalah sasi baki dari kain baju nikah yang mana hanya sulamanyer sahaja yang digunting dan dijahit semula pada anak tudung yang sudah siap dijahit. Aku punya keje lah nak menggunting sulam-sulam tuh..sambil nengok TV aku wat keje ni tau. Kekadang tuh sampai dah give up sebab payah benor nak ikut betul-betul tepi sulaman tuh. Lepas anak tudung tuh dah siap jahit aku sangat-sangat was-was untuk memakainyer kerna bila aku try test nampak macam tak best plak.Masa aku try tuh muka tak bermake-up so nampak warna biru macam tak masuk ngan kulit muka. Tapi aku tetapkan pendirian akan pakai gak masa nikah and tawakal kalau tak berapa menarik.
Namun….berkat hasil air tangan mak sendiri aku lebih berseri dengan adanya anak tudung itu dan mulalah ramai yang bertanya kat mana beli anak tudung. Mak andam aku pun 1st time tengok anak tudung pattern cenggitu katanyer. Bila hati gembira of cos akan terpancar diwajah kita. Terima kasih tak terhingga to my beloved MAMA kerna telah menghasilkan sesuatu yang indah dimajlis pernikahanku. Thanks mama….i lebiu…muachhh!!!
![]() |
| Gambar pengantin mesti interprem dulu...me wif the anak tudung |
![]() |
| my mama bertudung dan berbaju kurung purple sedang membuat persiapan akhir pada bunga telur |
![]() |
| The anak tudung nikah wif veil cream (veil itu lgsg tidak digunakan...huhu) |
Orett....sampai disini saja...c yah!






0 yang mengiyau:
Post a Comment