I beli kain skali dengan kain satin untuk baju melayu pengantin lelaki. Kain di beli pada penghujung tahun 2009 dalam bulan 11 kot...betapa lamanyer i beli kain ney and simpan kat tempat tersorok sebab taknak bagi mak i nampak. If mak i nampak dia akan tayang kat sume orang yang datang umah. Dah tak berseri rasanyer kalau ramai orang dah nengok kain i tuh...sungguh kedekut anak bonda ineh.
At first, i pikir ibu fiance i (pada ketika itu maseh lagi tunang..) boleh jahitkan baju anak beliau dan i akan hantar untuk jahit sulam sahaja. Tapi.....tak yah lah citer part ney. Biar i je yang tau... (-_^)
So...misi mencari taylor bermula awal tahun 2010 tapi sebelum tuh misi mereka design baju dulu. Mak i yang memang pengumpul majalah yang membuat liputan semasa Wedding Dato' Siti Nurhaliza mula mengeluarkan semua majalah tersebut. I memang kureng minat ngan Dato' Siti tapi i tak reject pon kalau mak i nak rujuk design-design baju yang digayakan Dato' Siti. I hanya berkenan design baju nikah beliau sahaja. So i hanya bagi tau mak i baju yang mana i berkenan then she draw the design la.
I start cari taylor bulan 5, 2010 dimana waktu i balik keje i ternampak 1 butik yang terletak betul-betul antara jalan menuju ke Ayer Keroh dan Bandar Melaka. Nama butik tuh kalau tak silap Sarimah Ahmad...and i bawak mak i ke butik tersebut selepas majlis pertunangan my opismate di Anjung Batu (majlis pertunangan Manum Binti Bahari). That is the first ever butik pengantin yang i pernah jejak and it was quite bad to review about it. Kesimpulannyer....butik pertama di reject.
I langsung tak mencari butik lain sehingga bulan 10 mak i dah menyuarakan kerisauan beliau dan akhirnyer i mengajak beliau ke Medan MARA Kuala Lumpur. Kami round bahagian tempat taylor bebanyak dan melihat-lihat hasil kerja tangan taylor disana. Then i terbekenan ngan taylor yang jahit baju melayu siap dengan sulaman. I pon bagi tau mak i hantar baju my fiance kat taylor tersebut. I just bagi tau i nak size L memandangkan i takde sampel baju fiance i. Then baju nikah i tempah kat just next to the taylor yang jahit baju melayu untuk bakal suami i ney. My mother yang banyak explain to that taylor and i agak berdebar-debar untuk lepaskan baju i sebab waktu tuh percentage to that taylor 60%. Sepatutnyer i ambil baju nikah pada 02/12/2010 tapi waktu i datang hanya baju bakal suami yang siap and baju i terpaksa tunggu lagi 2 weeks. After 2 weeks i turun KL lagi and kebetulan i kene menghadiri wedding bakal adik ipar (pada ketika itu...). My expression bila tengok baju yang telah disiapkan...release...sangat sangat release...
![]() |
| my Nikah outfit |
![]() |
| my husband baju nikah |
That's it about my baju nikah and after this i nak review about my anak tudung yang custom made...by...hehehe...
p/s: baju nikah untuk lelaki memang ngam-ngam muat...fuhhhh!!






0 yang mengiyau:
Post a Comment