Bila mama memulakan projek mengait bunga telor?
Setahun sebelum majlis...
Aku memang tersentuh tiap kali tengok sarung telor a.k.a bunga telor yang mama aku sediakan. Aku sendiri sangat-sangat admire dengan seni kait beliau kerana sangat-sangat teliti+rumit+unik+kreatif. Sepanjang mama aku kait sarung telor ney, ramai yang datang nak belajar tapi aku memang gerenti tak sampai dua hari orang yang memula bersemangat nak belaja tuh akan give-up. Nak belaja mengait ney kamu perlu menuntut waktu masih muda. Bila dah tuo ney...alamatnyer...takat wat tali air jer lah erk. Daya pemikiran orang yang masih muda dengan orang tuo amatlah berbeza. Kategori muda adalah dari peringkat kanak-kanak sehingga remaja. So kalau dah melepasi peringkat itu...paham-paham aje lah. Aku ade belajar mengait ney ngan mak aku waktu sekolah rendah lagi. mak aku memang suwoh wat tali air jer...and yang lelain tuh kene tengok buku yer. Nak wat corak bunge ker nak wat corak daun ker...kene tengok buku cos kene kira berapa banyak tali air and bape tingkat nak wat. Aku pon takde mahir sangat mengait tapi sekadar reti tuh boleh lahh....aku lebih berminat dengan cross stitch berbanding mengait. Aku yang request mintak mama tolong kaitkan sarung telor cos aku penah tengok mama kait sarong telor ney waktu aku sekolah rendah gak la. Mama kaitkan untuk perkahwinan kawan baik dia. Mama pon tak terfikir sebenarnyer nak wat sarong bunga telor versi kait ney. Dalam ingat-ingat lupa mama aku try-try and then berjaya gak ingat corak bunga nenas. Mama aku kait tak tengok buku dah yer, beliau dah hafal kiraan corak bunga nenas. Ade gak mak-mak sedara yang nak minta mama aku kaitkan bunga telor untuk majlis anak mereka tapi aku tak bagi mama aku kait dah cos aku dapat rasa kepenatan mengait ney. Enuff untill my wedding ONLY!!
![]() |
| Kaler biru khas untuk pihak pengantin lelaki sahaja |
| Antara warna yang ada... |
p/s: tukang beli benang of cos lah aku...huhuhu. asal benang abis jer mama tepon suwoh beli...pastu beliau ade idea nak letak riben plak...aku lagik kene beli..sobb~sobb...




0 yang mengiyau:
Post a Comment