Monday, June 27, 2011

Gua Angin di Sarawak

Dah sampai Sarawak kene lah masuk gua. Ini adalah info yang azey dapat dari Pakcik Wiki

Gua Angin ialah sebuah gua semula jadi yang terletak kira-kira 5 km di barat daya pekan Bau, di Bahagian Kuching, Sarawak, bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Pekan Bau terletak kira-kira 45 minit memandu dari bandar raya Kuching, dalam perjalanan ke arah pekan Serikin di sempadan Sarawak-Indonesia.
Selain Gua Angin, terdapat beberapa lagi gua lain di daerah Bau ini seperti Gua Bunian atau Gua Pari-Pari. Dahulunya, gua-gua ini dihuni oleh manusia pada zaman dahulu kala dan sumber aliran air boleh ditemui di dalam gua ini. Kini gua-gua ini didiami ribuan kelawar dan burung layang-layang.
Menurut sejarah, Gua Angin mendapat nama tersebut kerana terowong di dalam gua tersebut menjadi laluan angin sepoi sepoi bahasa yang keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.
Terdapat beberapa pintu masuk utama di Gua Angin, walau bagaimanapun salah satu laluan di sebelah selatan gua, iaitu bersebelahan dengan Sungai Sarawak ditutup buat masa ini kerana batu penyokong jambatan kayu yang merentasi gua telah runtuh dan merosakkan struktur jambatan tersebut.
Bentuk stalagmit, stalagtit dan formasi batu kapur yang lain di dalam Gua Angin dikatakan terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Bentuknya bermacam, malah ada yang menyerupai seperti kepala buaya dan juga rangka buaya!
Di luar Gua Angin, terdapat juga pondok Baruk bagi tempat pelancong berehat. Pelancong juga boleh mandi di Sungai Sarawak yang berhampiran gua. Airnya agak deras tetapi cetek dan selamat untuk mandi. Terdapat kemudahan bilik bersalin untuk mereka yang mandi di Sungai Sarawak, tandas, dan gerai makanan dan minuman berhampiran situ.
Mula-mula sampai gua ney perasaan rilek jer...alaa masuk gua...nak tengok-tengok batu jer kan. Sementara En. Asburn gie bayar tiket, azey sempat lah tinjau-tinjau gua dan snap gambar peta. Terdengar juga perbualan antara En. Asburn dengan tauke tiket tuh...

Tokey tiket: Ada bawa torch light tak?
En Asburn: Takde.. 
Tokey: Kita ada sediakan...nak sewa? dalam tuh gelap sikit
En. Asburn: Ok lah..

Dalam hati azey ngomel sendiri...watper sewa torch light tuh..macam lah gelap bebenor dalam tuh.

En Asburn di pintu masuk gua siap pegang torch light gitu

Kemain lagi azey posing sebelum masuk gua..
Lepas 20 meter berjalan ke dalam gua tuh...haaaa amek ko....gelap gelita. Ada torch light pon tak dapat bagi cahaya yang mencukupi. Setakat nak nampak jalan and tangga jer. Azey langsung tak bagi En. Asburn suluh tempat lain selain tempat pejalan kaki. Azey hanya dapat dengar bunyi kelawar dan bunyi titisan air jer. En. Asburn relek jer jalan kan..yer laa...dia dah biasa masuk hutan kuar hutan kan. Azey ney takat nak merasa blackout kat umah jer laa..itu pun jarang sekali berlaku. Perasaan azey masa berjalan dalam gua yang sangatttt...sangatttt....gelap tuh bercampur-campur...pernah jugak terlintas kalau-kalau ada momok kat belakang atau kat sebelah tapi cepat-cepat azey jauhkan perasaan tuh ngan istighfar dalam hati. Memang wujud perasaan seram bila masuk gua ney....memang azey tobat tak nak masuk dah. Berpeluh-peluh azey jalan ngan En. Asburn dan azey yang tarik dia jalan laju-laju. Puas lah En. Asburn cakap slow-slow sikit...jalan licin tuh. Ade tiga pintu gua yang boleh kita lalu untuk lihat keindahan flora dan fauna tapi cukup satu pintu jer laa...tak sanggup masuk pintu yang ke-2 dan ke-3.
Dah sampai pintu keluar baru bleh senyum...

Sepanjang jalan nak masuk ke kawasan Gua Angin
Map dalam Gua

2 yang mengiyau:

Wahyu said...

dear,
bg info pasal kedai kek lapis dayang salha tu.The exact location & how to reach there.

azey said...

kalau stay kat TuneHotels...jalan kaki dalam 200 meter sahaja nak pergi ke Waterfront. Kat situ nanti bleh nampak penambang yang akan bawa penumpang ke seberang. Tambang dia cuma 50sen sorang...sebab seberang tuh takde lah jauh mana. Tak sampai 5 minit pon duduk dalam sampan tuh dah sampai.Dah sampai seberang kene jalan kaki dalam 100 meter gitu untuk pergi ke kedai kek lapis ney.Tanya jer kat orang-orang situ kompom tau.