Tuesday, June 14, 2011

Jom..pergi bercuti...

Destinasi pilihan azey untuk bercuti tahun ni adalah Kuching, Sarawak!!wuhuuu...pilih tempat keje En.asben mana aci erkk...ngeee. Dah nama nak pergi bercuti mestilah pergi ngan asben...pastu asben azey plak payah nak bercuti panjang cos time kahwen aritu dia dah apply sebulan cuti. Kali ni...puan wifey lah yang terpaksa pergi sana.

Okey...ni azey nak bagitau lah azey bercuti pegi Kuching nanti naik Air Asia Airline. Sangatlah berbaloi tau...2 ways only cost you RM58!!!memang kalah tiket bas dari Selatan ke Utara. Kalau harga macam gini tiap-tiap bulan pun azey mampu gi Kuching...chewahhh! Senang jer kalau you all nak dapat tambang murah ni...you all alert jer dengan promosi AirAsia then terus pilih tarikh. Sekarang ni pun AirAsia tengah buat promotion and bila azey check tarikh untuk hari raya haji pun still bleh dapat RM58 pergi balik tau!!! tapi azey terpaksa kuburkan niat untuk booking sebab bulan Ogos ni azey akan ke Kuching lagi...rasa macam melampau pulak kalau dalam setahun sampai 2 kali nak pergi Kuching...huhuh. Azey nak simpan wit skit untuk bawak famili plak pergi sana satu hari nanti yaa...masa azey sekolah rendah mak and ayah azey dah pernah bawak azey pergi Kuching so tiba lah masanya untuk anak mereka plak yang bawa mereka kan. Cepat-cepat yer booking tiket di AirAsia...kepada sesape yang perlukan budget vacation.
AirAsia page

Azey akan stay kat hotel budget gak...haa sumenyer budget lah tapi yang penting makan tak de budget-budget okeh..heee. buat pertama kalinya azey nak guna khidmat TuneHotels bagi percutian kali ni. Dah puas survey memang hanya TuneHotels yang mampu bagi harga paling rendah. ade ke hotel lain yang bleh bagi RM35/night and standard bukan macam rumah tumpangan yer...standard hotel tau. Kalau dah dapat berjimat dekat hotel and tambang pengangkutan barulah bleh balun shopping sakan beb...huhuhu. Nanti azey akan bagitau cemana ghupe hotel ni and testimoni skit on next entry semestinyer after azey balik bercuti lah yer.

Tune Hotels page

0 yang mengiyau: