Asal cakap kek lapis jer..mesti ingat Sarawak. Asal cakap nak gi Sarawak jer...mesti orang minta kek lapis...hehehe. Kek lapis ni orang Sarawak je ker yang pandai buat?? Memang pon orang Sarawak jer yang sangat terrorist bab-bab kek lapis ni. Kiranya orang Sarawak bleh dapatkan hak cipta terpelihara untuk produk tempatan mereka supaya tidak di ciplak negara lain...kankankan...
Kek lapis ni ada pelbagai jenis...ada yang guna butter mahal...ada yang guna butter murah then ade jenis kek dalam kek pulak. Tambah unik sekali pada nama-nama yang diberi pada setiap kek lapis tuh. Nama yang klasik seperti kek hati pari, kek lapis rempah, kek lapis evergreen dan kek lapis masam manis sememangnya tak perlu diperkenalkan lagi. Azey tak tau lah dah berapa jenis kek lapis yang orang Sarawak cipta sebab waktu azey pergi kedai kek lapis tuh langsung azey tak ingat nama-nama kek yang mereka hidangkan. Terlalu banyak nama sampai azey pening asik merasa kek jer. Sampai dekat rak nak pilih kek lapis dah lupa nama kek yang azey rasa tadi....huhuh. Terpaksa pergi merasa lagi sekali then cari balik kek kat rak. Last-last dah banyak kali merasa sampai rasa loya...azey main tunjuk jer ngan tokey tuh nak kek yang mana...then dia yang ambilkan. Antara kek lapis yang menjadi pilihan hati adalah kek lapis oren, kek lapis cappucino cheese, kek lapis masam manis, kek lapis blueberry and another 2 more memang dah langsung tak ingat. Azey memang tak gemar kek lapis yang klasik-klasik ni tapi bila mak azey plak bertanya "kek lapis rempah tak beli??" hadoiii omak den... (--")
Azey beli kek lapis ni sume di Kek Lapis Dayang Salhah. Kemain lagi kat signboard depan kedai ada alamat website tapi bila azey view takde ape-ape lagi. Perlu web developer ker Kak Dayang??...Apapun azey puas hati beli kek kat situ. Semoga produk tempatan ini dapat menerobos ke pasaran dunia. Toksah laa banyak citer...kalau nak tau sendiri pergi la Kuching, Sarawak.
![]() |
| Faridh & Azey di hadapan kedai/kilang kek lapis Dayang Salhah |
p/s: toksah ikut nafsu beli sampai berkotak-kotak. kek lapis ni bukan tahan lama kan. azey beli nak bagi jiran, kawan ofis, mak aiman and of course MIL





4 yang mengiyau:
dear bg detail kt mana kedai ni, mcm mana nak gi sana?
kalau stay kat TuneHotels...jalan kaki dalam 200 meter sahaja nak pergi ke Waterfront. Kat situ nanti bleh nampak penambang yang akan bawa penumpang ke seberang. Tambang dia cuma 50sen sorang...sebab seberang tuh takde lah jauh mana. Tak sampai 5 minit pon duduk dalam sampan tuh dah sampai.Dah sampai seberang kene jalan kaki dalam 100 meter gitu untuk pergi ke kedai kek lapis ney.Tanya jer kat orang-orang situ kompom tau.
Kalau nk ke seberang tu kena bgtau nk ker kpng apa tak?or just ckp nk ke seberang jer...
tak perlu ckp pun boley...actually ada nama kampung cuma azey tak ingt hehehe. cakap jer nak gi kedai kek lapis dayang salhah...kompom tak sesat ^_^
Post a Comment