Kenapa azey pilih TuneHotels? MURAHHHHHHHH!!!! Memang itulah kriteria utama yang azey pilih bila nak cari hotel. Tambahan pula TuneHotels ada waktu-waktu promosi macam AirAsia tuh. So kalau kita alert memang bleh dapat harga yang lebih murah dan azey pernah dapat harga RM2/night. Azey nak duduk hotel sekadar nak ada tempat untuk tido sahaja. Jadi bagi azey takde masalah kalau hotel tuh tak mempunyai kelengkapan sempurna macam hotel-hotel 5 star.
Azey check in hotel at 2pm on 16th June and check out at 10am on 20th June. So selama 4 malam itu azey hanya bayar RM169.07(1 double room) + RM21.20(24hrs air conditioning) + RM22.80 (2 days TV Entertaiment) = RM213.07 (GRAND TOTAL).
Concept air-cond di TuneHotels sama macam top up mobile. Azey hanya guna air-cond pada waktu siang sahaja and malam guna kipas yang memang sedia ada dalam bilik coz tak tahan sejuk ler. Waktu azey check out pun masih ada baki 1 jam air-cond yang masih boleh digunakan. Tapi concept TV berbeza sikit yer...azey hanya langgan tv pada hari Khamis dan Sabtu. Faridh mula langgan hari Khamis petang and boleh tengok TV sampai Jumaat pukul 2359 hrs. Maknanyer lebih dari 24 jam untuk sekali langgan...sporting gak laa hotel ney walaupun dalam web bagitau 24hrs only.
Room servis datang hari-hari dan kita bleh pilih nak tukar cadar selang sehari atau pun hari-hari. Azey langsung tak teringat pasal water heater tapi nasib baik memang pihak hotel sediakan water heater with no additional fees.
TuneHotels di Waterfront ni takde sediakan servis breakfast and swimming pool untuk korang bergebang. Macam azey memang tak perlukan semua tuh so molek lah sangat stay hotel budget camni. My next trip to Kuching pun azey still stay TuneHotels. Boleh dikatakan ini adalah hotel termurah di abad ini and kalau lebih banyak cawangan dibuka hotel-hotel mewah pun boleh merundum jatuh kerugian.
![]() |
| Terletak bersebelahan Parkson dan berdepan dengan Hotel Hilton |
![]() |
| Toilet paling penting sekali and memang bersih |
![]() |
| what u see is what u get |
You need WiFi service?? Of course lah ada WiFi di hotel. Kalau nak servis ni terus di bilik...you all can subscribe with affordable charge and if you all nak yang free bleh duduk kat lobby berjam-jam surf internet. Di lobby juga ada disediakan desktop untuk you all guna.
Kalau you all nak pergi honeymoon of course lah hotel ni tak sesuai kan. Hotel ni takde tempat untuk you all bersantai berdua-duaan dalam bilik untuk lihat suasana indah matahari terbenam bagai. Hotel ni sesuai untuk mereka yang inginkan percutian hebat sambil berjimat *wiNk*
p/s: Entry ni sepecial dedicated to Cik Ayuwazira yang bakal ke Kuching next month. Happy journey dear...






2 yang mengiyau:
TQ azie review pasal Tune hotel nie. Kalau bab2 berjimat ni mmg i like, kita perlukan hotel utk tido, mandi & berehat jer kan, tk yah nk book hotel 3,4,5 bintang bagai unless utk honeymoon ker. hehehe
Betul tuh wahyu...enjoy ur vacation yer...
Post a Comment