Saturday, July 23, 2011

Bila Perpisahan Terjadi

*image from google search*
Setelah sekian lama azey tak bermuka buku (ber-Facebook)...wall post yang pertama azey baca adalah dari seorang sahabat yang azey kenal sejak darjah satu. Antara percaya dengan tidak tapi itulah kenyataan yang sedang sahabat azey hadapi. Entah kenapa dugaan yang begitu berat sekali diberikan kepadanya namun tetap yakin bahawa pasti ada hikmah disebalik kejadian.

Perpisahan antara suami isteri tidak semestinya berlaku bila tiada kesefahaman. Ada juga perpisahan yang berlaku kerana kita memahami pasangan kita. Kita mahukan yang terbaik untuk pasangan kita dan kita mahu kehendaknya tercapai dan hanya perpisahan yang dapat memberi jalan penyelesaian.

Apa yang kita rasakan sekiranya perkara ini berlaku pada diri kita sendiri?? Seharusnya kita berdoa agar perkara ini dijauhkan dari keluarga dan orang-orang tersayang disekeliling kita. Namun, Tuhan sentiasa memberi dugaan kepada umatnya agar umatnya terus taat dan beriman kepada-Nya. Walau apapun dugaan yang diberi..kita hendaklah sentiasa percaya pada Qada' dan Qadar.

Azey doakan kesejahteraan yang berpanjangan kepada sahabat azey yang sedang menghadapi dugaan ini. Semoga Allah berikan yang terbaik buat dirinya agar dia dapat senyum kembali. I Luv U my dearest Sahabat.

0 yang mengiyau: