Saturday, July 9, 2011

Jahil sungguh dengan Habbatussauda' aka Black Seed Oil

Korang tau ker Habbatussauda' tu ape?? Cemana nak guna?? Datang dari mana?? Apa kebaikannya??

Bulan lepas adalah jiran mak azey yang sangat baik hati ney baru balik dari Dubai. Dia kerja kat sana dan isteri dia tinggal kat Melaka. lagi dasyat cinta jarak jauh mereka kan berbanding ngan azey ney. Asalkan mereka bahagia ngan cara hidup masing-masing apa hal lak kita nak kesah. Jiran mak azey yang baik hati ney berbangsa Cina tau. U see...betapa semangat SATU MALAYSIA mak azey ney. Hidup berjiran tanpa mengenal bangsa, budaya dan agama.

Mak azey pon terkejut gak sebenarnya bila dapat souvenir dari jiran dia tuh. Mereka bagi Kurma yang berinti badam, perfume dan juga BLACK SEED OIL. Wat pengetahuan semua inilah kali pertama azey jumpa Habbatussauda'. Sebelum ney takat dengar kat TV jer dan langsung tak amek kesah nak pergi cari benda ney. Bila dah dapat dari jiran ney terus jakun dan tak tahu apa kegunaan minyak ney dan cemana nak guna. Mak azey pon tanya samada minyak ney guna untuk masak ke??huhuh..poor mother. Azey cuma bagi tau mak azey yang mnyak ney boleh makan macam tuh aje. Tapi mungkin mak azey tak beberapa yakin maka dia simpan jer minyak tuh sampai arini dah sebulan lebih minyak tuh terletak jer atas meja.

Maka hari ney azey pon rajinkan diri untuk meng-google pasal Habbatussauda' ney untuk meyakinkan lagi mak azey yang minyak itu boleh dimakan macam tuh ajer dan khasiat dia sangatlah banyak. Black Seed Oil merupakan penawar segala penyakit kecuali MATI...amazing rite??? Dari korang makan minyak ikan kod tuh lebih baik makan Habbatussauda'. 

Inilah Black Seed Oil ataupun Habbatussauda'
Seriously pada mulanya azey langsung tak perasan tulisan arab pada botol tuh. Azey hanya baca Black Seed Oil sahaja. Bila azey google barulah azey tau yang Habbatussauda' adalah Black Seed Oil then only baru azey terbaca tulisan arab yang memang dah ternyata tertulis Habbatussauda'....ouhhh gelapnya hatiku ini sehingga langsung tidak perasan tulisan agamaku. 

Minyak ney azey tak nak makan sebab nak bagi pada adik lelaki azey yang masih belajar dan dia pun senang dapat penyakit. Azey akan cuba dapatkan Habbatussauda' ini dalam waktu terdekat untuk kegunaan sendiri. Dah banyak syarikat yang keluarkan produk ney dan ada juga yang mendapatkannya dari tanah suci. Bila nak guna sesuatu yang suci ney korang kena tahu adab dan tertibnya yer.

p/s: Allah telah kurniakan umat Islam kekayaan sumber asli yang banyak tapi mengapa umat kita masih dibelenggu kemiskinan?

0 yang mengiyau: