Haaa...tudiaaa lauk pauk yang terhidang kat rumah mak kak fiezah. Orang diet pon bleh derhaka kalau dihidangkan ngan lauk cenggini tau. Kalau korang masih blur-blur lauk apa yang terhidang tuh...mehh azey introduce kat korang erkk. Lauk yang kat depan sekali tuh....sayur buncis goreng ngan tempe dan su'un...ratah gitu jer pon sedap hoii. Pastu ada lauk asam podeh ikan senangin...ade lagik lauknyer...ney jarang-jarang azey dapat makan....siput sedut masak lomak ngan keladi. Ader lagik hidangan pendamping ney haa...bersulam-sulam makan dengan cencalok yang telah digaul mesra dengan hirisan bawang tambah cili padi dan perahan air asam limau. Nampak tak jeruk limau yang duduk kat atas pinggan lauk-lauk tuh...itu lah pembangkit selera kak Sue..hahaha.
Kalau ikutkan memang azey tak nak bangun dari meja makan tuh. Rasa cam nak terus makan sampai ke petang...hohoho melampau ekh. Dah laa rumah mak kak fiezah ney sungguh dingin dan nyaman...maklumlah rumah kampong. Disebabkan azey pengamal diet yang agak longgar maka azey makan sepinggan nasi sahaja. Nafsu makan azey ney bleh tahan hebat gak tau...mengenangkan badan yang kian membulat ney lah azey terpaksa sekat nafsu tuh...huhuhu.
Tak toleh kiri kanan makan....mak mertua lalu sebelah pon tak perasan...ahaiiiii....bila lagi dapat makan kat umah kak fiezah ney!!!! Nanti nak mengidam makan umah kak fiezah lahh yerrr... ^_^




0 yang mengiyau:
Post a Comment