Dari Kuching kami ke Pekan Serikin. Kemana sahaja En. Asburn nak bawa..azey ikut ajer. Pekan ini terletak di daerah Bau. Memandangkan kami merempit jadi masa perjalanan lebih kurang 1 jam setengah. Kalau naik kereta lebih cepat lah kot sampai kan. Memandangkan pekan ini terletak di sempadan Sarawak dan Kalimantan maka kalian memerlukan kebenaran dari pihak berkuasa. Azey pun tak berapa pasti mengenai perkara ini kerana suami azey seorang army so beliau dah berikan maklumat diri dia dan azey kepada pihak berkuasa yang mengawal sempadan.
Barang pertama yang azey beli kat pekan ni adalah.....
![]() |
| Faridh wif Azey+Lovely Hat |
Oleh kerana matahari kian segar memancarkan cahayanya maka sampai je pekan ni terus sambar topi yang sangat sweet ini. Pelbagai warna and design...ikutkan nafsu nak beli semua warna. Harganya RM12 jer...kalau beli 2 tuh beli lah dapat RM10 untuk satu topi. Dapat topi baru bleh jalan lama skit coz tak worry kalau kulit muka terkena direct ngan cahaya matahari. Al maklumlah...cahaya matahari yang terik tak elok untuk kulit...bukan takut kulit jadi gelap lah hoi...azey memang dah gelap semulajadi. Azey cuma takut kesihatan kulit akan terjejas kalau terlalu direct dengan cahaya matahari. Disamping tuh...takut kulit bertambah gelap gaks...hahaha.
Okey ahh...azey ulas sikit apa yang terdapat di pasar Serikin ni yer. Barang-barang yang dijual disini ada yang murah dan ada yang sama jer harganya dengan tempat lain. Antara barang hot yang orang ramai cari disini seperti tikar, tilam, kain batik, kain pelikat, kain ela sulam, telekung sulam, blouse, jubah and seumpamanya. Azey tertarik nak beli kan mak azey tikar mengkuang tapi bila tanyakan harganya terus tak jadi beli sebab pada pandangan azey harganya lebih kurang jer kalau beli kat semenanjung.
![]() |
| Banyak yang gambar telekung plak yer...hehehe |
Kalau korang berkesempatan boleh lah singgah di pekan ini dan borong lah apa yang patut.





0 yang mengiyau:
Post a Comment