Saturday, July 2, 2011

Taman Rekreasi Ranchan

Beria-ia my asburn nak bawa azey mandi sungai lepas azey bagi tau yang azey dah lama tak mandi sungai. Sampai ke Sarawak nun azey gi mandi sungai tau...kat Melaka ney mana nak korek sungai haa. Azey tak minat mandi laut...takat jalan-jalan tengok laut tuh minat ler.

Taman Rekreasi Ranchan ni terletak di daerah Serian. Air terjunnya masih lagi suci bersih dan terpelihara. Memandangkan azey pergi pada hari Jumaat...so tak ramai lah orang. Tempat ni menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu. En. Asburn bawa azey ke tempat paling atas yang tidak berapa dalam. Kebiasaannya asburn akan mandi di bahagian bawah dan kedalamannya memang tak cecah kaki. Waktu kami datang tuh ada kumpulan yang dah mandi di kawasan tuh jadi kami bergerak ke kawasan atas.

Akibat dah lama tak sentuh air sejuk...menggigil masa mula-mula rendam kaki tuh. Apa pun azey puas hati sebab dah dapat mandi air terjun setelah sekian lama tak berendam....teng yu my darling. Of course lah tempat ni sesuai untuk seisi keluarga...bleh wat BBQ lagi. Kenapa lah Melaka tuh takde tempat-tempat gini...kalau ada pun kat Jasin nun...jenuh ko nak pergi jauh-jauh tuh. Ni yang tetiba rasa nak duduk kat Sarawak je plak...ahakss. Melompat asburn azey kalau dia baca ayat ney...hohohoh.
Yezzzaaa....Welkam to Ranchan yea

Ni kat Jambatan Gantung
Ada jambatan gantung tau kat sini. Maunya tak gayat...tapi ade asburn di sisi apa ada hal....hehehe. Memang besar kawasan air terjun ni...mencungap gak azey nak mendaki.
Asburn azey dapat berendam + rawatan spa kaki
Asburn azey terpaksalah mandi kat air cetek sebab wife dia tak reti nak berenang...wechehh. Azey bleh lah berenang sikit-sikit...bukanlah macam perenang dunia gitu kan. Takat nak goyang-goyang kaki bagi terapung tuh lepas lah...ahaks. Ohhh...En.Asburn dapat rawatan kaki tau sebab anak-anak ikan berkerumun kat kaki dia jer. Kat kaki azey ney langsung tak lekat sekor ikan pon pasal azey memang tak mau ikan tuh dekat. Azey sentiasa gerakkan kaki pasal nak ngelak ikan-ikan tuh datang...huhuhuh...takut geli lahh kan meloncat keluar azey dari sungai tuh tau.

p/s: Rindu plak saat-saat berkhemah dengan kawan-kawan waktu belajar dolu-dolu.....

0 yang mengiyau: