Sebut betul-betul...KACANG PHOOL bukan April Fool yer. Azey pernah post pasal Kacang Phool ney kat sini dan inilah dia resipinya yang didatangkan khas dari Lubok China, Melaka....hehehehe.
Kalau teringin nak ubah selera waktu berbuka ataupun dibuat juadah rumah terbuka hari raya nanti, bolehlah coba-coba buat Kacang Phool ney. Masak tuh memang mudah cuma kene sediakan bahan-bahannya dengan lengkap.
![]() |
| Delicious Kacang Phool wif Half boiled egg |
Bahan-bahan:
500 gm Daging cincang
1 tin besar Kacang Foul Medammas
1 tin besar Kacang Panggang
1 tin kecil Tomato Puree
4 sudu besar Minyak masak/Minyak sapi
1 cwn Air
Bahan-bahan yang perlu di potong dadu:
5 ulas Bawang putih
2 labu Bawang merah (size sederhana besar)
3 tangkai Cili hijau
Bahan-bahan perasa:
1 sudu kecil Serbuk Ketumbar
1 sudu kecil Serbuk Jintan
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
Garam (secukup rasa)
Bahan-bahan hiasan:
Bawang besar didadu
Cili Hijau didadu
Tomato didadu
Telur Goreng Mata Kerbau/Telur setengah masak
Limau Kasturi dibelah dua
Roti
Cara-cara:
- Tumis bawang putih dan bawang merah dengan menggunakan minyak masak atau minyak sapi sehingga bawang layu sedikit.
- Masukkan pula serbuk jintan dan ketumbar. Tumis sehingga naik baunya.
- Masukkan cili hijau dan kacau sekejap.
- Masukkan tomato puree dan secawan air. Kacau lagi sehingga bau wangi.
- Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging masak.
- Masukkan kacang panggang dan kacang foul. Sekiranya rajin anda boleh juga kisar separuh tin kacang foul. Kacau jangan bagi hangit yer.
- Akhir sekali masukkan garam dan serbuk lada hitam. Dalam resipi asal tak ade pon lada hitam ney. Ikut citarasa u all lah yer.
- Masak dengan menggunakan api yang perlahan selama 30 minit. Sekiranya terlalu pekat boleh tambah air sedikit.
- Hidangkan dengan limau kasturi dan tabur bawang merah, cili hijau dan tomato yang telah didadu. Letakkan juga telur goreng mata kerbau atau telur setengah masak macam yang azey buat (^___*). Makan bersama roti perancis atau roti biasa pon boleh lah....tapi bakar ler dulu skit baru umphhh.
![]() |
| Kacang Foul dalam tin |
![]() |
| Kacang foul yang telah dikeluarkan...kacang parang rupanya...memang april fool sungguh |
Oleh kerana umah mertua ku dekat aje maka wajiblah hantar ke sana sikit kan....
![]() |
| Kacang Phool untuk keluarga mertua ku....yang ney azey wat telur goreng mata kobau |







0 yang mengiyau:
Post a Comment