Friday, August 5, 2011

Pertama Kali Try Kacang Phool

Kacang Phool ney asalnya dari negara Arab...kalau tak silap azey ler. Pertama kali dengar menu kacang phool ney melalui rancangan JJCM. Azey memang suka makanan yang berasaskan kekacang dan berkuah ney...makan banyak pun takpe.

Khamis lalu azey kena bertugas di Pusat KOKU Lanchang, Jasin. Pertama kali gak naik kereta si teruna sektor kami ney. Naik kereta Persona dak Zaini (my wedding photographer tu ler....), segan ler jugak naik kereta orang bujang ney kan...kite ney dah kahwen so kene lah jaga tatasusila...uhukkss. Kul 9.30 kami bertolak dari ofis dan singgah makan kat Ujong Pasir. Zaini yang rekemen makan kacang phool kat sini. Azey pon memang tak pernah seumor hidup try makan kacang phool. Ingatkan kat Melaka ney masih takde lagi tempat yang sediakan menu kacang phool. Gerai yang Zaini bawak ney kat tepi jalan jer...betul-betul belakang bus stop. Waktu azey datang tuh tak ramai orang pun tapi kalau weekend memang penuh...ney kata Zaini....kalau tak betui gi sekeh dia ekk.

Menu-menu pun dah macam kat Arab
Makan kacang phool kene cicah roti. Semolek-moleknya cicah ngan roti perancis yang panjang tuh kan. Kalau kat Arab nun tak tau plak guna roti ape. 

Memang kenelah ngan selera azey bila pertama kali try kacang phool ney. Terus nak cari resipi dan try buat sendiri. Nak bawak famili datang makan kat sini jauh sangat. Kalau nak makan breakfes kat sini...kul bape lah azey nak bertolak dari rumah tuh kan. Nak masak bukan payah pon...tapi azey nak try masak dalam periuk tanah. Mesti lagi umphhhh lah kacang phool azey....hihihih...kacang phool pon belum beli dah berangan nak masak.

Kacang Phool & Hot Nescafe
Nanti azey akan post entry resipi kacang phool untuk u all cuba yer tapi azey kene try dulu (^____-)

0 yang mengiyau: