Monday, September 26, 2011

Baru Dua Bulan

Dressing pagi ney memang berani mati. Azey pakai baju maxi kaler Fuschia beli kat ThePoplook.com. Kebetulan arini ramai yang bercuti jadi mata-mata yang akan memandang tuh kurang. Sebab tu azey berani pakai baju kaler terang gi office. Maklumlah keje kerajaan ney kene jaga pemakaian baju dan pemilihan warna yang bersesuaian. Pagi tadi azey memang tak larat nak gosok baju. Lepas mandi jer terus duduk termenung. Kalau termenung dalam toilet tuh dapat gak melegakan perut tapi ni termenung kosong kat bilik Sebenarnya tengah terkenang nak pakai baju apa dan samada nak pergi office ke tak (--")

Sejak ari Sabtu lepas azey rasa tak sedap badan jer. Nak kata demam tapi suhu normal. Tekak lak rasa mual and finally ari Ahad azey dah muntah-muntah....goShHH...teramatlah teruk rasanya. Rupa orang mengandung biasanya bersih dan berseri ajer tapi azey tak sanggup nak kuar umah ngan keadaan azey yang dah kurang mengancam ni..huehuehuehue.

Tiap hari azey berdoa agar Allah permudahkan segala-galanya untuk azey tempuh segala dugaan sepanjang berbadan dua ney. Memang azey sedia maklum orang berbadan dua ney bermacam ragam dan kerenah. Tapi itu semua pengalaman indah buat ibu-ibu mengandung yang membuatkan mereka tidak serik untuk mengandung lagi dan lagi dan lagi...huhuhu.

Setelah melepasi 2 bulan berbadan dua ney azey mula rasa symptom susah nak tido malam sebab keadaan perut yang tidak selsesa. Sakit pinggang pun dah mula menyerang tak kira waktu. Apa yang azey buat??? Tahan aje lah wey!!! Takkan pulak azey nak pergi mengurut atau ber-massage bagai. Perut tak membesar pun lagi tapi sakit-sakit dah berlebih lak. Normal ke macam ney???

Masa baru-baru pregnant kemain lagi selera makan azey. Sehari bleh makan 3 pinggan nasi penuh. Sampaikan berat azey yang sebelum kawin tuh dalam 55kg bleh naik sampai 62kg. Sekarang ney dah mula rasa takde selera :( Pastu tiap-tiap pagi buta sekitar pukul 2 ke 3 pagi perut akan mula berkeroncong. Gagahkan juga pergi dapur carik balang biskut. Nak buat air panas jangan harap ler. Mata pun tak larat nak bukak ney. Makan biskut atas katil sambil mata tertutup ngan minum air kosong jer. Adakah azey berlaku kejam ngan baby dalam perut ney?? Ala...belum ada deria rasa lagi pun. Dah kuar nanti ammi bagi makan sedap-sedap yea.

Inilah dia keluhan ibu yang baru sahaja usia kandungannya 2 bulan. Mulai saat ney no picture of me will be taken...wohoooo...Muka ku sudah bulat seperti Tomato dan mula rasa fobia bila nampak camera...hahahha.

3 yang mengiyau:

suhana said...

rilek la jijah....
nnt bila dh rs bby gerak2, lg best tau...excited tgu dia lahir...tiap2 mlm b4 tido layan main2 ngn bby dlu..memang la dlm perut tp can feel it!! :) kira ko rajin gak la nk update blog..dr aku ni mls tul... :P

azey said...

memaksakan diri untuk update sbb tak nak jadi cam belog ko yg berkusam tuh. UPDATE LAH WOIIII!!!!

suhana said...

kureng asam... :P