Sejak akhir-akhir ney azey suka sangat nak balik umah cepat lepas habis time keje. Nak tau nape???
VVV
VV
V
Sebabnyer....ada baby baru kat umah azey ney. FYI, mak azey jaga anak orang.
Kategori baby ada 2 orang. Kategori budak kecik 2 orang...hehe. Budak kecik maknanyer Amzar Hakimi dan Nur Aiman...kiranya budak yang dah boleh berjalan laa.
Ehhh...lupa lak nak introduce baby baru yang mak azey jaga sejak sebulan lalu. Nama pertama dia azey tak reti nak eja. Azey cuma panggil nama kedua dia jer iaitu Wafi.
VVV
VV
V
Ney lah dia...Wafi. Nak masuk 4 bulan dah kot. Mak azey mula jaga dia after mak dia abis cuti pantang. Pantang 44 hari jer yer...tapi cuti berpantang 3 months...huehuehue. Kekadang Wafi kene bermalam kat umah azey sampai 2 malam tau. Wafi akan tido ngan mak azey. Bila azey bangun nak g keje, Wafi pun akan bangun sekali. Sempat la azey main-main ngan dia jap. Mak azey suka mandikan budak waktu subuh pagi. Wafi ney sikit pon tak nangis bila bagi mandi ngan air sejuk. Lepas mandi dan siap-siap pakai baju sume dia akan lena sendiri.
Baby ni kalau kita mandikan dia awal, dia akan rasa selesa dan senang nak tido. Azey kesian kat Wafi ney sebab selalu kene tinggal. Wafi ney kan masih menyusu badan jadi bila malam tuh of course lah dia cari mak dia. Tapi dia tak nangis pon cuma dari cara dia gelisah dan air muka dia kita bleh tau bayi tuh perlukan mak dia untuk menyusu.
Azey memang suka jaga baby ney. Tapi bila dia dah berusia 2 tahun ke atas tuh azey dah kureng skit nak amek peduli. Bila budak dah besar skit, dia suka bemain dan buat hal sendiri. Azey cuma tengok-tengokkan je la. Nak gomol-gomol ke hape, tak kuasa dah laa...hehe.
p/s: lama deh tak update blog. banyak story tapi kekangan masa tak dapat nak dielakkan. apapun azey try update okeh.








0 orang nak kena ceyom:
Post a Comment