Friday, December 30, 2011

2012 yang ditunggu-tunggu

Perghh....title macam tak suka sangat ngan tahun 2011 (^__-) Not really like that loh! Setiap tahun pasti akan meninggalkan kesan kepada setiap individu. Begitu juga dengan azey dimana tahun ini azey telah mengorak langkah ke alam perkahwinan pada awal tahun. Azey sentiasa bersyukur atas ketentuan Allah S.W.T yang maha pemurah dan mengasihani hamba-hambaNya.

Setiap tahun azey tak pernah menyenaraikan azam-azam tahun baru tetapi setiap hari azey berazam untuk menjadi seorang umat Islam yang lebih baik. Dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami pada tahun hadapan, doakan agar azey lebih cekal dan tabah dan meniti hari-hari kehidupan.

Nak selitkan sikit kisah baru-baru ney yang mana azey bawak my mak, my adik, Aiman dan Irfan ke PizzaHut. Kemain sonok si Aiman dan Irfan kalau di bawa berjalan. Baby Irfan dah cecah setahun tapi tak pernah bawa dia keluar. Mak azey pernah gitau satu hari tuh family Irfan nak kuar g makan kepci tapi family dia tinggalkan Irfan kat mak azey sebab takut Irfan huru-hara kat kepci. Hurmmm....nape nak abaikan anak sampai camtu sekali. Kalaupun anak tuh melalak kita sebagai parents pasti tau cara nak tenangkan dia. Masa azey bawa Irfan g makan pizza takde pun dia buat perangai. Kami boleh makan ngan tenang dan dia pun dapat makan roti cicah ngan soup.
Inilah Irfan yang gambarnya tak pernah disiar dalam blog azey...hehehe. Dia ney kalau nak bagi mandi kemain lagi melalak. Tak macam baby Wafi....sungguh senang bagi dia mandi tau. Azey suka bulu mata Irfan sebab panjang macam bulu mata pompuan. Next year, mak azey dah tak jaga baby Irfan lagi sebab nak bagi nenek dia jaga plak.

p/s: Azey suka kejutan...semoga 2012 akan lebih banyak kejutan menanti. Insya'Allah.....

Tuesday, December 20, 2011

Mushroom Soup yang tak berapa nak menjadi :P

Selama azey membuyong ney, lama bebenor rasanyer tak masak-masak. Last weekend azey kesempatan gak menjenguk dapur dan menyediakan satu juadah untuk my baby and famili. Ini adalah cubaan pertama dan resipi hanya berpandukan rancangan masak-masak kat channel 703 tuh aje. Resipi ney berdasarkan sesedap hati dan azey rasa azey dah letak terlebih butter dan cream. Hasilnyer...terasa kuat sangat rasa cream dan butter tuh maka azey terus mendapat batuk dan sakit tekak. Azey tak letak tepung pun untuk memekatkan soup ney sebab azey yakin hanya dengan cream dah boleh memekatkan soup tapi ternyata silap yer. Walaupun soup ney tak berapa nak menjadi tapi adik azey dan mak sangatlah suka. Next time azey buat yang lebih umph!! ala-ala soup kat PizzaHut tuh okey.....

Lets chek-it out my version resipi

1 biji bawang besar (warna kuning...atau dikenali dengan bawang jepun)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 pek Cendawan butang
sedikit ayam (direbus terlebih dahulu)
sedikit jagung
susu HL (tidak pati sukatan sebab azey hanya habiskan baki susu yang tinggal)
500ml cream
Serbuk Basil
Lada sulah
Lada hitam
Garam
Butter
Minyak

Cara-cara:
1. Masukkan butter dan minyak dalam periuk. Tumis bawang besar, putih dan merah yang telah dipotong dadu sehingga layu.
2. Masukkan cendawan dan jagung dan kacau rata.
3. Masukkan ayam yang telah dipotong dadu kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.
senang jer...main campak-campak jer bahan-bahan tuh sumer
4. Masukkan serbuk Basil dan kacau sehingga bahan-bahan mesra.
5. Apabila mendidih masukkan susu dan cream.
agak-agak jer ler brand cream ney okey...
 6. Tambahkan bahan-bahan perasa seperti lada sulah dan lada hitam secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan garam dan jangan lupa untuk rasa soup tu dulu sebelum matikan api. Dah mendidih tuh boleh lah dihidangkan dengan roti perancis atau roti biasa pun boleh.
soup yang tengah menggelegak...

my mushroom soup
p/s: Next time azey kene kurangkan cream dan butter. Azey perlu tambahkan tepung untuk memekatkan soup ney (^_____-)

Wednesday, December 14, 2011

Salam Takziah dari kejauhan


Setelah beberapa misi pencarian dijalankan, akhirnya atas ketentuan Allah S.W.T mayat sepupu azey akhirnya dijumpai. Arwah merupakan anak tunggal kepada pakcik Zakaria Bin Majid yang baru berusia 10 tahun. Tuhan lebih menyanyangi arwah dan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Arwah tergelincir kedalam longkang ketika bermain bola. Longkang tuh pulak menghala ke tasik yang menyukarkan lagi arwah untuk menyelamatkan diri. Mak azey yang paling sedih kerana tak dapat pulang ke Penang untuk bersama-sama menguruskan jenazah. Azey pun turut terasa sebak kerana telah kehilangan seorang lagi ahli keluarga pada tahun ini.

Azey plan nak balik Penang next week memandangkan azey dah apply cuti panjang. Azey terpaksa bergilir-gilir bawak kereta ngan mak sebab azey cepat letih kebelakangan ini. Apa-apa pun kene mintak izin asburn dulu ye dak.

Monday, December 5, 2011

Akar Fatimah

Selamat pagi semua....

Ada info berguna nak share ngan u'ols. Info ney berguna untuk preggy mommy macam azey (^_____-) Kalau u'ols dah tau bleh lah ceghita skit pengalaman u'ols kay.

Kayu ranting ape tuh erk??? Ini adalah Akar Fatimah yang dipercayai dapat membantu dan memudahkan proses bersalin, Insya'Allah.... Akar ney hanya boleh didapati di Mekah. Azey dapat akar ney dari my colleague yang ibu beliau baru sahaja pulang dari menunaikan haji.

Akar ney perlu di rendam di dalam air dan air rendaman itu boleh diminum sebagai air selusuh. Bila nak rendam??? Bila kita rasa dah nak dekat-dekat bersalin atau dah mula rasa sakit baru boleh rendam akar ney. Jika akar ney kembang cantek, maknanyer waktu nak bersalin tuh memang dah dekat sangat...(Ini sumber dari Mama Suhailah)

Akar ney boleh disimpan turun-temurun. Lepas dah guna tuh, kenelah jemur sampai betul-betul kering dan simpan elok-elok. Bukan senang nak dapat akar ney. Azey bernasib baik ada kawan yang memang prihatin bab-bab kesihatan wanita ney.