Friday, February 10, 2012

Back on track

ekekeke....iyo lah tuh back on track. Nampak gaya sebulan sekali je lah kuar post kan. Konon nak update back to back  (--")

Ini kisah bulan lepas yang mana azey menghadiri wedding my BFF. Azey mengenali beliau sejak standard 1 lagi dan kami sama kelas sehingga standard 6 di Sek. Keb. Wangsa Jaya Seksyen 4. Azey mengenali beliau dan juga keluarga termasuk kakak dan abang beliau. Inilah dia my BFF Kapt. Herda Juhana Binti Mohd Nasir di hari pernikahan beliau pada 21 Januari 2012.


Azey mendoakan kebahagian yang berpanjangan dan dimurahkan rezeki hendaknya. Dah dapat baby nanti jangan lupa calling calling yah~~~ (^--^)

Lepas makan nasi minyak, azey terus menuju ke rumah seorang lagi BFF di Wangsa Maju Seksyen 2. Azey nak visit baby baru Pn. Zarina Binti Ismail iaitu Muhd Wadi. Sangat mancung hidung anak dia okek....maknya kata ikut abah dia. Maaflah takde amek gambar pun sebab nak cepat-cepat bergegas balik ke Melaka. Azey cuma sampaikan hamper baby untuk Ummi Rina and hope she like it.

Dah sampai KL ni memang banyak tempat nak singgah. Mak azey pulak bawak Aiman sebab nak jumpakan dia dengan ayah yang dah berbulan-bulan tak jumpa. Aiman ney memang manja skit ngan ayah azey. Maklumlah dah jaga dia since dia berusia 8 bulan dan sekarang dah masuk 5 tahun maa...

Azey dapat gak berehat kat rumah Bangsar sekejap sementara mak nak mengemas rumah tuh sikit. Bila rumah takde orang perempuan ney paham-paham jer la kesemakannya. Jarang eh nak jumpa orang lelaki yang reti sapu or mop lantai rumah. Mak azey ngan adek lelaki azey lah yang terpaksa kemas rumah tuh.

Haaa....dalam entry ney azey ade teringin nak makan subway kan. Mestilah berjaya di kotakan sebab tengah bawak budak ney...heheh. Apa saja yang terlintas difikiran nak makan, azey akan cuba usaha dapatkan. Kalau yang ada suami dekat tuh boleh lah ngecek kat suami kan. Suami azey jauh seberang laut China Selatan. Kalau rasa nak makan apa-apa samada mak atau azey jer la yang akan usaha dapatkan. Sip bek ade mak yu...... (^__-) sayunkkkk my mummy sangat-sangat.

Taraaaa.....my subway yang sampai termimpi-mimpi. Takdelah azey abiskan sume tuh...of course beli untuk my mummy and adek okek. Azey roger my BFF Arfa kalau-kalau dia tau kat Endah Prade ade Subway tak?? Kebetulan beliau tengah melalui jalan kawasan itu so dia pun confirm kan kat situ ade Subway. Endah Prade ney dekat ngan Stadium Bukit Jalil. Masa azey keje kat JARING dulu rajin lah lunch ngan colleague kat situ. Lagipun on da way nak ke Lebuhraya PLUS Selatan senang jer nak singgah kalau ikut Lebuhraya NPE di Bangsar. Bila lah Subway nak bukak kat Melaka ney....????

2 yang mengiyau:

suhana said...

woi! sentap aku mcm ni! tak visit aku pun! takmo dah komen kat blog ko..merajuk!

azey said...

waduhhhh...gimana ney??? gawat sihhh :P