![]() |
| Sumber dari www.panasonic.com.my |
Akhirnya tercapai gak hajat nak pasang aircond kat umah omak den tu ha. Bought this Panasonic ECONAVI from Senheng outlet kat Cheng Perdana. My colleague En. Zali, advice to get the YORK brand tapi no stock pulak. Bila dah dipengaruhi dan terpengaruh dengan salesman dan advice from my mother, I pun agree untuk ambil this type of aircond. Untuk jangka masa panjang memang berbaloi beli yang berjenama dan kualiti pun dipercayai. Azey siap extend warranty selama 5 tahun okek!
Banyak sangat kelebihan ECONAVI ney...azey pun tak abis explore lagi. Azey gi Senheng pagi Sabtu dan pada petangnyer dah siap pasang kat umah. Azey suka dengan servis yang di beri.
Masa kat kedai Senheng tuh, mak azey dah mula suarakan washing machine kat umah tuh dah berbunyi-bunyi siap bergegar lagi...huhuhu. Azey pun saje je lah usyar-usyar harga washing machine pulok. Kalau dalam RM700 - RM800 tuh masih bleh lagi nak rembat sebijik kan..hehehe. Ada rezki nanti bleh lah hadiahkan mak sebiji yer...Insya'Allah.
Azey nak review skit apa kelebihan ECONAVI ney....
1. Yang paling penting sekali dapat safe Electricity usage sehingga 60% dengan adanya Intelligent Inverter
2. Dapat menapis udara dari virus, bakteria ataupun kulat dengan teknologi nonoe-G Air Purifying System
3. Mampu mengesan kehadiran manusia ataupun cahaya matahari dengan menghidupkan fungsi ECONAVI.
Inilah kelebihan ECONAVI model CS-S10NKH PANASONIC yang berharga RM1388.
Pada hari aircond ni dah siap pasang bleh pulak hujan sepanjang hari. Cuaca pun redup dan berangin sepoi-sepoi bahasa. Tapi azey tetap ON aircond sebab nak uji ada kebocoran atau kerosakan. Pada malamnya pun azey ON gak sebab ngada-ngada nak test tido dalam aircond dan akibatnya cahaya signal yang terpancar dari aircond tuh terlalu terang. Azey dah biasa tido dalam gelap namun tetap tido lena sebab udara nyaman jer. Pukul 1 pagi hujan turun dengan lebatnya....azey pun terkial-kial bangun nak amek remote untuk matikan aircond. Padahal bleh jer remote tuh letak dekat dengan kita kan supaya senang nak control tapi disebabkan baru first time ada aircond kat umah so remote pun elok jer terletak kat sebelah suis.
Cahaya signal yang terpancar dari aircond tuh rupa-rupanya boleh di kurangkan dengan menggunakan remote cuma azey yang tak abis explore remote control....kehkehkehkeh. Esoknya azey dah cuba-cuba set kan timer dan explore abis function kat remote aircond.
Kenapa azey tetiba pasang aircond patutnyer azey dah mula pasang masa wedding last year lagi.
Time wedding dulu azey tak nampak keperluan aircond tuh sebab azey masih boleh tahan dengan cuaca pada ketika itu. Bila dah mula masuk 7 bulan mengandung ney, setiap malam baju azey akan basah berpeluh walaupun dah on kipas sampai maximum speed. Sejak mula berbadan dua lagi azey dah mula tidak menggunakan selimut. Comforter azey selalu elok terlipat atas katil tuh. Azey tak pasti kalau cuaca negara kita dah kian panas atau ini disebabkan pembawakan budak. Sekiranya cuaca dah bertambah sejuk kemudian hari, azey akan kurangkan penggunaan aircond ney sebab azey pun tau bukan elok sangat guna aircond kan.
p/s: Kepada ibu-ibu mengandung yang mengalami masalah kepanasan mungkin ini merupakan penyelesaian supaya kita dapat tido lena. Waktu tengahari pun agak panas kan...jadi boleh lah kita tido siang dengan nyaman kalau ada aircond kat ghumah (^_-)












